PELAJAR QKS2120 Bola Tampar Kumpulan 1 Sesi Akademik Kedua 2021/2021 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UniverÂsiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Tertutup UPMKB (Kategori PeremÂpuan) di gelanggang bola tampar universiti tersebut, dari 19 hingga 20 Mac lepas.
Kejohanan ini dianÂjurkan dengan komitmen menyokong hasrat KeÂmenterian Pengajian Tinggi bagi melahirkan ‘The ThinkÂing Athlete’.
Menurut Fasilitator KurÂsus QKS2120 Roslan Ismail, kejohanan ini dapat melatih kemenjadian mahasiswa dan menerapkan kemahiran inÂsaniah sejajar dengan salah satu objektif universiti bagi membangunkan graduan kompeten, profesional dan entrepreneurial.
Kejohanan bola tampar kali ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan kecerÂgasan semata-mata, sebaÂliknya sebagai titik mula pelajar menjalani kehidupan untuk persediaan menuju Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.
Timbalan Pengarah ProÂgram Mark Ian Ricky pula berkata, aktiviti sukan tersebut akan mempamerÂkan nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik.
Ia sekali gus dapat menjadi wadah membantu melahirÂkan mahasiswa yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Kejohanan yang disertai warga UPMKB melibatkan pelajar dan staf ini beraÂkhir dengan lancar dan peserta sangat gembira kerana kejohanan seperti ini sudah lama tidak dianjurkan akibat kekangan pandemik COVID-19.
Date of Input: 06/04/2022 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia