PROGRAM KESEDARAN KUTIP SAMPAH SAMBIL BERIADAH (KUDAH) DAN BEACH CLEANING SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022 DI BINTULU, SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRABAKTI » PROGRAM KESEDARAN KUTIP SAMPAH SAMBIL BERIADAH (KUDAH) DAN BEACH CLEANING SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022 DI BINTULU, SARAWAK

PROGRAM KESEDARAN KUTIP SAMPAH SAMBIL BERIADAH (KUDAH) DAN BEACH CLEANING SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022 DI BINTULU, SARAWAK

21 Mei 2022, BINTULU – Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun 2022, satu program kesedaran alam sekitar telah dilaksanakan secara kerjasama oleh Petronas Dagangan Berhad, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Cawangan Bintulu, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan Trash Hero Bintulu bertempat di pantai Tanjung Batu, Bintulu.

Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dan membersihkan kawasan denai sungai kebangsaan disamping mempromosikan budaya Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) dalam komuniti.

Pengisian program tersebut adalah taklimat alam sekitar yang disampaikan oleh Encik Abdul Mazli Hafiz Bin Abdul Malik, Ketua Cawangan JAS Cawangan Bintulu, kuiz alam sekitar dan aktiviti gotong-royong mengutip sampah di sepanjang pantai dimana hasil kutipan telah berjaya mengumpulkan sampah sarap seberat 400kg yang kebanyakkannya adalah botol plastik minuman dan polystrin bekas makanan.

Menariknya, sambutan yang diterima adalah sangat baik iaitu lebih kurang 70 orang peserta yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, kakitangan Petronas PDB, wakil IPTA, ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) dan juga NGO alam sekitar telah terlibat menjayakan program kesedaran ini.

Ayuh kita bersama-sama dalam program seterusnya..alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

Date of Input: 23/05/2022 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEePAR~