#UPMKBMansang
Pusat Pertanian Putra (PPP), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Kursus Teknikal Teknik Penghasilan Benih Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii) selama 2 hari pada 23 Julai 2022 dan 24 Julai 2022 (Sabtu dan Ahad), dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kursus tersebut telah dijalankan di Dewan Kuliah Pusat 2B UPMKB (Teori) dan Unit Hatcheri dan Kolam Ikan (Praktikal) bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Kursus ini telah dihadiri oleh 43 orang peserta bukan sahaja dari Sarawak, malah dari Semenanjung Malaysia (Kedah dan Pulau Pinang) serta warganegara Korea yang bekerja di Bintulu, Sarawak. Peserta dari Sarawak meliputi pelbagai daerah seperti Bintulu, Bekenu, Marudi, Miri, Baram, Belaga, Song, Dalat, Mukah, Sarikei, Bintangor, Betong, Kanowit dan Kuching.
Date of Input: 25/07/2022 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia