“UNIVERSITI ADALAH MENARA GADING UNTUK MAHASISWA MENCAPAI KESAMARATAAN” - DR. NORAISHAH, LPU UPM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » “UNIVERSITI ADALAH MENARA GADING UNTUK MAHASISWA MENCAPAI KESAMARATAAN” - DR. NORAISHAH, LPU UPM

“UNIVERSITI ADALAH MENARA GADING UNTUK MAHASISWA MENCAPAI KESAMARATAAN” - DR. NORAISHAH, LPU UPM


BINTULU, 4 Nov
 – Universiti adalah institusi menara gading untuk mahasiswa mencapai kesamarataan dan berupaya untuk bersama-sama dalam membina masyarakat dan negara yang progresif.

Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz berpandangan pentingnya kesedaran kesemarataan masyarakat terutamanya hak Orang Kurang Upaya (OKU) adalah penting demi kesejahteraan sejagat. 

“Peranan mahasiswa kini adalah mencabar mereka juga adalah pelapis kepimpinan masa depan dan saya percaya mereka berupaya mengukuhkan kesamarataan ini,” katanya pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-47 Sidang 1 UPM Kampus Bintulu.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan titipkan doa kepada para graduan UPM agar graduan UPM membawa negara ke mercu kegemilangan di pentas global pacu keberadaan nama Malaysia di mata dunia. 

“Majlis konvokesyen hari ini adalah untuk meraikan mahasiswa UPM yang begitu banyak berkorban untuk sampai ke peringkat ini dan berjaya bergraduat adalah satu kejayaan besar buat diri mereka,” katanya.

Date of Input: 06/11/2023 | Updated: 06/11/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdCA1~