TAHNIAH KELAB PEMADAM MAHASISWA UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » TAHNIAH KELAB PEMADAM MAHASISWA UPMKB

TAHNIAH KELAB PEMADAM MAHASISWA UPMKB

TAHNIAH diucapkan kepada Kelab PEMADAM Mahasiswa UPMKB atas anugerah Kelab PEMADAM paling aktif tahun 2023 peringkat negeri Sarawak. Sijil Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato Sri Haji Abd Karim Rahman Hamzah selalu Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Peringkat Negeri Sarawak Bil 1/2023 yang bertempat di Merdeka Palace Hotel Kuching pada 4 Disembar 2023.
 
Kelab PEMADAM Mahasiswa UPMKB telah ditubuhkan pada tahun 2022 yang mempunyai ahli seramai 230 orang. Sepanjang tahun 2022 dan 2023 pelbagai program telah dijalankan antaranya Hari Bersama Pemadam, Kunjungan Kasih Kelab PEMADAM Mahasiswa UPMKB Bersama PEMADAM Bintulu, Program CSR UPMKB @ SK Kelawit : From University to Community, Program Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz, Hari Konvokesyen UPM Kali Ke-46 & 47 Sidang 1, Sukaneka Bersama PEBEKAL Belia Kampung Lambak Negara Brunei Darussalam dan banyak lagi.
 
Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan atas kerjasama erat dan sokongan daripada PEMADAM Bintulu dan PEMADAM Negeri Sarawak serta komuniti setempat yang banyak membantu bagi kelancaran semua program tersebut.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 11/12/2023 | Updated: 11/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdFA2~