BINTULU: Baru-baru ini, Pegawai Psikologi bersama ahli Pra Akrab UPMKB menjalankan Program Selami Jiwa bertempat di Pejabat Parol Bintulu. Program yang menggunakan pendekatan kaunseling kelompok ini telah dijalankan dengan pihak Pejabat Parol Bintulu dan melibatkan seramai 12 orang Orang di Parol (ODP) dari sekitar Bintulu.
Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menyelami punca kepada permasalahan banduan sehingga terjebak dengan masalah jenayah dan seterusnya membina keyakinan dalam diri peserta untuk menghadapi kehidupan akan datang selepas bebas dari hukuman.
Date of Input: 01/08/2017 | Updated: 01/08/2017 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia