‘PUTRA FUTSAL FEST 2024’ BERJALAN DENGAN PENUH GEMILANG DI KENYALANG FUTSAL EXCELLENCE CENTRE, BINTULU,SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » ‘PUTRA FUTSAL FEST 2024’ BERJALAN DENGAN PENUH GEMILANG DI KENYALANG FUTSAL EXCELLENCE CENTRE, BINTULU,SARAWAK

‘PUTRA FUTSAL FEST 2024’ BERJALAN DENGAN PENUH GEMILANG DI KENYALANG FUTSAL EXCELLENCE CENTRE, BINTULU,SARAWAK

BINTULU - Sukan futsal merupakan salah satu sukan yang hangat dalam kalangan remaja bahkan dalam orang yang berumur dan hal ini dapat dibuktikan dengan penyertaan 20 pasukan mengambil bahagian dalam Putra Futsal Fest 2024 anjuran pelajar Kursus QKS2104 Semester Kedua Ambilan Diploma 2023/2024, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Sarawak. Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 9 hingga 10 Mac 2024, bertempat di Gelanggang B Kenyalang Futsal Excellence Centre,Bintulu,Sarawak.
 
Penasihat program ini, Encik Dominic anak Derus berkata,pertandingan futsal tersebut dijalankan untuk memberikan pengalaman kepada pelajar berkenaan menguruskan program serta melaksanakan tugasan wajib. Di samping itu, program ini juga dapat mengukuhkan semangat kesukanan di dalam diri pelajar serta peserta khususnya masyarakat Bintulu untuk terus bersukan kerana ianya sememangnya memberikan pelbagai manfaat. Beliau juga berkata,pertandingan futsal merupakan salah satu medan ataupun aktiviti untuk masyarakat zaman kini untuk melepaskan diri daripada genggaman teknologi ICT khususnya remaja yang sering menghabiskan masa untuk bermain permainan video menggunakan telefon pintar
 
Pertandingan ini berlangsung dengan penuh gemilang serta berjaya mengumpulkan 20 pasukan futsal yang memberikan perlawanan yang sihat serta sengit antara mereka. Kerjasama di antara AJK serta peserta kursus ini amatlah kukuh dan berjaya menjayakan program ini hingga detik akhir program ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta kursus yang mengembleng tenaga serta membantu kepada kejayaan program ini. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan Kenyalang Futsal Excellence Centre yang menyediakan peralatan dan membenarkan pihak penganjur menggunakan salah satu gelanggang futsal iaitu Gelanggang B.
 
Pertandingan ini menggunakan format masa 7-1-7 dan diadili oleh pengadil yang bertauliah. Pertandingan ini dijuarai oleh pasukan YMP Rangers, tempat kedua disandang oleh pasukan Langmoi ,dan tempat ketiga bersama disandang oleh pasukan Hambur FT & SSC Jepak. Masing-masing membawa hadiah yang lumayan berupa wang tunai dan pingat pertandingan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang turut menjayakan program ini.
 
Tambahan itu,penganjuran dan penyertaan pasukan yang datang dari pelbagai lapisan umur, menjadi salah satu matlamat utama pertandingan ini. Nilai murni seperti saling menghormati, jujur dan semangat kesukanan diterapkan sepanjang pertandingan ini. Tambahan itu,pertandingan ini dijalankan dengan mengikuti jadual yang disediakan malahan berjaya dihabiskan dengan tempoh yang dianggarkan.
 
Diharapkan pada masa akan datang, penyertaan daripada pasukan lain akan lebih memberangsangkan supaya lebih banyak saingan dan sengit. Dari pihak penganjur, kami dapat menimba pelbagai ilmu baharu serta menambah pengalaman sedia ada sebagai penganjur dan akan menggunakan ilmu tersebut pada masa yang akan datang kelak.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 14/03/2024 | Updated: 14/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdHAY~