PELAJAR MEMERLUKAN TERIMA HASIL JUALAN THE BAKSIS DAY UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » PELAJAR MEMERLUKAN TERIMA HASIL JUALAN THE BAKSIS DAY UPMKB

PELAJAR MEMERLUKAN TERIMA HASIL JUALAN THE BAKSIS DAY UPMKB

BINTULU: Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1 dan 2) menerusi Program The Baksis Day (Putra Bakti @ AnimEX 5.0) telah menyerahkan sumbangan kepada Pejabat Pengurusan Pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) bagi membantu rakan-rakan pelajar lain yang memerlukan baru-baru ini.

Timbalan pengarah programnya Lau Rachel berkata, sumbangan yang diterima itu adalah hasil jualan sepanjang Program The Baksis Day (Putra Bakti @AnimEX 5.0) yang dianjurkan baru-baru ini. 

Katanya, dengan tanda pagar #DaripadaPelajarKepadaPelajar, kesemua ahli memainkan peranan bersungguh-sungguh semasa program itu dilaksanakan agar dapat mencapai hasil seperti diharapkan.

"Sumbangan diserahkan kepada Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar (PPL) Mohd Syukri Mohd Adnan dan disaksikan kakitangan UPMKB Hairunisah Abdul Rahman, Roslan Ismail dan Mohd Saufi Mohd Ramli sebelum seterusnya disalurkan kepada Putra FoodBank UPMKB," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Putra FoodBank merupakan kemudahan disedia Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPMKB, kini dikenali sebagai Pejabat Pengurusan Pelajar antara langkah membantu pelajar kurang berkemampuan mendapatkan bantuan makanan dan keperluan asas secara percuma yang dibuka setiap hari pada waktu pejabat.

Justeru katanya, bagi individu atau agensi yang berminat untuk membantu pelajar kurang berkemampuan ini, Jawatankuasa Putra FoodBank Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk kewangan atau barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan keperluan diri.

Sumbangan barangan boleh dihantar terus ke Pejabat Pengurusan Pelajar, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran, UPMKB Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan sumbangan kewangan boleh disalur terus ke nombor akaun 8005232086 (CIMB Bank Berhad) atas nama UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU, Rujukan: Putra FoodBank. 

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh berhubung dengan Hairunisah Abdul Rahman di talian 086-855657 atau menerusi e-mel hairunisah@upm.edu.my.

Katanya, sumbangan seperti ini diharap dapat meningkatkan motivasi dan memberi galakan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus berjaya dalam bidang akademik di universiti ini.

Date of Input: 05/12/2023 | Updated: 05/12/2023 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdEAf~