BINTULU - Pusat Islam UPMKB telah mengadakan program Bengkel Kesempurnaan Solat Saudara Baru Islam dan Sumbangan Khidmat Komuniti di Kampung Muslim Segan, Bintulu pada 9 Disember 2023.
Program ini melibatkan 36 orang peserta yang merupakan saudara baru Islam di sekitar Kampung Muslim Segan, Bintulu.Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara Pusat Islam UPMKB bersama komuniti setempat di samping membantu para peserta menambah ilmu berkaitan asas-asas Islam.
Bengkel Kesempurnaan Solat yang disampaikan dalam bentuk interaktif oleh Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Islam UPMKB, menarik minat para peserta dalam mendalami ilmu yang disampaikan. Program berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan dan barang keperluan harian kepada peserta program.
Date of Input: 13/12/2023 |
Updated: 13/12/2023 | lanz
MEDIA SHARING