BINTULU: Baru-baru ini, Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar, BHEP, UPMKB dgn kerjasama Pusat Alumni UPM telah menganjurkan Alumni Mentoring Programme khas kepada pelajar UPMKB.
Program yang menggunakan Modul Bijak Akademik Sahsiah Terbaik (BEST) turut dibantu oleh ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) UPMKB dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selaku fasilitator sepanjang program berlangsung.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar meningkatkan prestasi akademik disamping dapat mencungkil kekuatan serta potensi diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti yg dijalankan.
Alumni UPM, Rasid Seli turut membuat perkongsian bersama pelajar dalam sesi Alumni Inspirational Talk: From Zero to Hero. Peserta juga turut diberi pendedahan tentang kaedah untuk membina dan menetapkan matlamat yg ingin dicapai khususnya dalam bidang akademik.
Date of Input: 03/01/2018 | Updated: 03/01/2018 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia