74 PEMAIN SERTAI KEJOHANAN BADMINTON 'LET’S SHUTTLE 2024!' DI DEWAN UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » 74 PEMAIN SERTAI KEJOHANAN BADMINTON 'LET’S SHUTTLE 2024!' DI DEWAN UPMKB

74 PEMAIN SERTAI KEJOHANAN BADMINTON 'LET’S SHUTTLE 2024!' DI DEWAN UPMKB

BINTULU: Seramai 74 pemain menyertai Kejohanan Badminton 'Let’s Shuttle 2024!' yang berlangsung pada 9 dan 10 Mac lalu di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di sini.

Estrada Alponsus Ake dan Hor Weng Yio muncul juara kategori beregu lelaki, juara kategori beregu wanita disandang oleh Catherine Charles dan Joycelyn Tu Yu Tian, manakala juara beregu campuran diraih oleh Aaron Goh dan Venice Goh.

Kejohanan yang dibahagikan kepada tiga kategori tersebut anjuran Pelajar Kursus Kokurikulum Badminton Berkredit QS2102 (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2023/2024 UPMKB.

Kejohanan itu menekankan kaedah pembelajaran secara ‘Immersive Face-to-Face’ serta turut menarik penyertaan warga negara jiran, Kalimatan Indonesia yang bekerja di Bintulu. 

Para peserta mengharapkan kejohanan itu dapat dianjurkan dalam skala besar pada masa akan datang, sekali gus berkongsi cara permainan taktikal dan peraturan permainan kepada pelajar yang belajar sebagai pengadil pertandingan. 

Agensi luar turut berminat untuk menjalinkan kerjasama dalam penganjuran kejohanan badminton seumpamanya pada masa depan.

Fasilitator kursus merangkap penasihat kejohanan, Mohammad Thaqif Tong berkata beliau berpuas hati dengan sambutan menggalakkan dengan penyertaan peserta dari negara lain. 

Katanya, kejohanan itu julung kali diadakan selepas dewan itu dibuka untuk kegunaan aktiviti riadah warga kampus serta sewaan umum. 

"Ia mempromosikan kemudahan sukan serta bakat pelajar yang ada di UPMKB untuk dikembangkan secara meluas di sini," katanya.

Date of Input: 20/03/2024 | Updated: 20/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdFAj~