PUTRA BAKTI : EVENT MANAGEMENT WORKSHOP ANJURAN QKW2109 TELAH MENARIK MINAT PELAJAR UNTUK MENGENDALI MAJLIS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PUTRA BAKTI : EVENT MANAGEMENT WORKSHOP ANJURAN QKW2109 TELAH MENARIK MINAT PELAJAR UNTUK MENGENDALI MAJLIS

PUTRA BAKTI : EVENT MANAGEMENT WORKSHOP ANJURAN QKW2109 TELAH MENARIK MINAT PELAJAR UNTUK MENGENDALI MAJLIS

BINTULU 28-29 Oktober, Putra Bakti : Event Management Workshop ialah satu program yang diadakan untuk mengajar masyarakat menguruskan sesuatu majlis mengikut garis panduan yang betul. Jadi, program ini adalah salah satu ikhtiar untuk memberi pendedahan kepada golongan belia khususnya tentang etika menguruskan sesebuah majlis.
 
Putra Bakti : Event Management Workshop telah berjaya menarik minat pelajar luar seperti pelajar dari Institusi Kemahiran Mara, Bintulu, Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim Bintulu dan tidak lupa juga pelajar UPMKB yang bersemangat untuk turut serta program ini demi memperkasa belia dalam meningkatkan kemahiran insaniah dan pengurusan acara serta memberi peluang untuk mereka untuk meningkatkan tahap keyakinan.
 
Encik Roslan Bin Ismail dan YM. Raja Muhammad Muzamir bin Raja merupakan penceramah jemputan yang hebat telah menambah seri kepada program Putra Bakti : Event Management Workshop. Beberapa aktiviti dan juga permainan telah juga diadakan semasa program dijalankan seperti Video Adverstisement, Poster Advertisement, Mouth of Wave dan Mix and Match dimana ini merupakan aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran peseta untuk menguruskan satu program malah juga mampu meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri peserta. Sebagai contoh, aktiviti Poster Advertisement merupakan aktiviti dimana peserta perlu bekerjasama menyediakan satu poster untuk mempromosikan satu program.
 
Pada awalnya agak susah untuk menjamin program ini akan berjalan dengan lancar tapi Encik Roslan Ismail mengatakan “No how heavy the challenges we face in our life, just keep moving forward. Never lose faith and hope”. Dengan penuh harapan program Putra Bakti : Event Management Workshop ini dapat memberi impak yang besar kepada para peserta dan akan diteruskan lagi di masa yang akan datang oleh pelajar yang kursus kokurikulum berkredit ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Updated:: 20/11/2023 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcFAM~