BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2024 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2024

BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2024

 
 
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2024
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak mempelawa calon - calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan.
 
Pelawaan ini dibuka kepada pelajar Anak Jati Sarawak yang mengambil jurusan berikut sahaja :
• Diploma Pembangunan Manusia dan
• Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.
 
Penajaan biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan.
 
Permohonan penajaan biasiswa yang akan dibuka seperti ketetapan berikut :
• Diploma – 22 Januari 2024 sehingga 9 Februari 2024
• Bacelor – 18 Mac 2024 sehingga 5 April 2024
 
Muat Turun Borang sila klik >>> DISINI
Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada pihak kami di talian +6086 – 855613 atau melalui emel haziqah.hasan@upm.edu.my
 
Sekian, terima kasih.

Updated:: 29/01/2024 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEeAAt~