PROGRAM OPPORTUNITY OF YOUTH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PROGRAM OPPORTUNITY OF YOUTH

PROGRAM OPPORTUNITY OF YOUTH

BINTULU: Lebih 70 orang peserta terlibat dalam menjayakan Program Opportunity of Youth yang telah diadakan di SMK Bintulu pada 7 hingga 8  Mac 2020 yang lalu.

Program ini telah dianjurkan oleh pelajar Kursus QKH2104 Usahawan Siswa Sesi Akademik 2019/2020, UPMKB dan diketuai oleh Pn. Carolyne Cindy Aeryna Ayesah Binti Nadin. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan potensi diri dalam menghasilkan, mengembangkan dan memasarkan produk baru.

Warden Asrama iaitu Hazellinnawati Martabak berkata, program yang telah berlangsung selama dua hari itu telah memberi kesedaran tentang keusahawananan kepada para peserta terutamnya dari aspek kemahiran mengurus kewangan dan komunikasi antara penjual dan pembeli.

“Program ini juga sangat menyeronokkan dan tidak sempat bosan kerana terdapat banyak aktiviti yang menarik yang telah diselitkan sepanjang program ini berlangsung” ujar salah seorang peserta yang ditanya oleh Hazellinnawati Martabak.

Seperti yang kita ketahui, dewasa ini terdapat banyak peluang yang boleh diterokai oleh golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan ini. Dengan kemajuan teknologi masa kini, untuk menjadi usahawan bukanlah sesuatu yang rumit dan sukar. Untuk menjadi seorang usahawan, mereka perlulah mempuyai sikap berani menanggung risiko dan mampu untuk berfikiran dengan lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk yang baharu.

Selain memupuk semangat berpasukan dan mendidik cara berkomunikasi yang betul, program ini juga secara tidak langsung dapat membantu pelajar dalam menambah ilmu pengetahuan dalam perniagaan. Kesimpulannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif penganjurannya.

Tahniah dan syabas diucapkan.

Updated:: 03/07/2020 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEeNAF~