Apa yang menarik?
Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan hidupan akuatik yang hidup di dalam sungai. Kelazatan dan keenakan udang ini menjadi menu utama di dalam majlis keramaian mahupun perayaan. Udang galah merupakan sejenis hidupan akuatik yang memiliki sepasang penyepit biru yang panjang dan badan bersegmen. Udang galah termasuk di dalam kumpulan krustacea yang hidup di dasar sungai. Habitat udang galah sentiasa berubah-ubah mengikut peringkat larva, pasca larva dan dewasa. Fenomena migrasi udang galah dari air tawar ke air payau bertujuan untuk pembiakan semulajadi dan sebagai melengkapi kitaran hidup udang galah tersebut. Teknik penghasilan benih udang galah secara komersial boleh dijalankan bertujuan untuk mengekalkan populasi di samping menjana pendapatan ekonomi penduduk setempat. Perpindahan teknologi terkini di dalam penghasilan udang galah dapat meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil ternakan udang galah. Oleh itu, program “Teknik Penghasilan Benih Udang Galah” dapat memberi pendedahan awal kepada peserta di dalam program yang bakal dianjurkan nanti. Hasil dari program ini juga, peserta berpeluang menceburkan diri di dalam penghasilan benih dan penternakan udang galah pada masa hadapan.
Para peserta akan didedahkan dengan teori berkaitan pembiakan, penternakan, pemakanan dan pengurusan kesihatan udang galah serta pendedahan secara praktikal mengenai teknik pembenihan, pengurusan benih, pemberian makanan dan kualiti air udang galah serta pendedahan di dalam aktiviti penyediaan makanan larva udang galah (makanan awal) yang akan dikendalikan pegawai yang berpengalaman.
Updated:: 24/05/2022 [lanz]
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia