SEKSYEN KAUNSELING DAN KEBAJIKAN PELAJAR, UPMKB ANJUR WEBINAR COUNSELLING FUN TALK: MENTAL HEALTH AWARENESS SEMPENA HARI KESEDARAN KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2021
BINTULU – Baru-baru ini, Seksyen Kaunseling dan Kebajikan pelajar (SKKP), UPMKB telah menganjurkan Webinar bertajuk Counselling Fun Talk: Mental Health Awareness khusus untuk pelajar UPMKB dan masyarakat sekitarnya. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar dan masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan mental serta berkongsi tentang pengalaman sebenar seseorang yang telah didiagnos dengan penyakit mental.
Program yang telah dijalankan selama separuh hari ini telah disampaikan oleh Puan Siti Norazilah Md. Said, Pensyarah Kaunseling, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan penampilan istimewa daripada Cik Nurul Umayrah Atan, seorang pesakit Major Depressive Disorder (MDD) yang juga merupakan Kaunselor Pelatih daripada UNIMAS.
Menurut Puan Siti Norazilah, antara tips yang boleh diamalkan bagi menjaga kesihatan mental adalah mengamalkan senaman, mendengar muzik, mempelajari teknik pernafasan yang betul dan sebagainya.
Dalam program ini juga, Cik Nurul Umayrah turut menyatakan, sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan merupakan perkara penting yang memberi kekuatan kepada dirinya untuk berdepan dengan MDD.
Diharapkan program ini mampu meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dan mengurangkan stigma mengenai individu yang mempunyai kecelaruan mental dalam kalangan masyarakat.
Sesi Perkongsian Bicara Mengenai Kesihatan Mental yang disampaikan oleh Puan Siti Norazilah Md Said (Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS).
Tarikh Input: 03/06/2021 | Kemaskini: 27/04/2022 | lanz
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia