UPMKB menyertai Booth Pameran Pendidikan sempena Program Mojing Anak-Anak Penan (Program Mengangkat Semangat/Hati Anak-Anak Penan) dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau/ Sebauh serta Persatuan Pembangunan Tipun Penan Sarawak (PETIPUN) pada hari ini (27 Julai 2022) dan lawatan Y.Bhg Datu Dr Hj Azhar Bin Hj Ahmad, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak. Pegawai kami turut bersama dalam program ini untuk menyantuni keluarga anak-anak penan di samping memberi kesedaran kepada ibu-bapa kaum Penan akan kepentingan pendidikan kepada anak-anak serta memberi info mengenai kemasukan dan syarat program-program pengajian di UPMKB.
Tarikh Input: 27/07/2022 |
Kemaskini: 12/10/2022 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA