PROGRAM PENANAMAN POKOK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM PENANAMAN POKOK

PROGRAM PENANAMAN POKOK

Pada 30 November 2022 (Rabu) telah diadakan program Penanaman Pokok "1 RAS 1 Pokok" Dan Pemuliharaan Tebingan Sungai Tahun 2022 di Hutan Nirwana UPMKB.
 
Program ini tajaan pihak Petronas Carigali Sdn Bhd dan dianjurkan bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu dan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB. Seramai kira-kira 80 orang yang telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelajar Bacelor Sains Perhutanan, Pegawai UPMKB, Petronas Carigali dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu.
 
Program penanaman pokok di tebingan sungai di Hutan Nirwana UPMKB ini bertujuan untuk mengukuhkan tebingan sungai dan mengurangkan hakisan dan secara tidak langsung akan menambahbaik habitat dan kehidupan sungai. Program penghijauan ini akan turut mengurangkan kesan pemanasan global dan menjadi paru-paru hijau bagi masyarakat Bintulu.
 
Pada program ini sebanyak 200 anak pokok hutan tempatan telah ditanam yang terdiri daripada spesies Engkabang Jantung (Shorea macrophylla) dan Plajau (Pentaspadon motleyi).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 05/12/2022 | Kemaskini: 06/12/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbCAN~