PROGRAM MBA@UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM MBA@UPMKB

PROGRAM MBA@UPMKB

Bintulu, Seramai 14 orang pelajar antarabangsa telah mendaftar secara rasmi sebagai pelajar baharu program Master Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak.
 
Uniknya, pendaftaran pelajar baharu ini merupakan ambilan pertama program MBA di UPM Kampus Bintulu dengan kerjasama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM Kampus Serdang. Penyelaras program MBA UPM Kampus Bintulu Dr. Aryaty Binti Alwie memaklumkan bahawa program MBA di UPMKB ini adalah bagi memberi peluang kepada warga tempatan dan antarabangsa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah tinggi secara kerja kursus di Bintulu, Sarawak.
 
Program MBA di UPMKB dilaksanakan secara trimester iaitu ambilan pada bulan Mac, Julai dan November dalam setahun. Selain itu, pelaksanaan pembelajaran yang ditawarkan adalah secara hybrid bagi memenuhi keperluan golongan bekerja. Turut hadir bersama ketika sesi suai kenal bersama pelajar MBA tersebut adalah Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains Prof Madya Ts. Dr. Wong Tze Jin.
 
Maklumat lanjut mengenai program ini boleh menghubungi di talian +6086-855 613 / 212 / 324 atau Emel: aryaty@upm.edu.my
 

 

Tarikh Input: 03/04/2024 | Kemaskini: 04/04/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFCDAJ~