PROGRAM INOVASI PERTANIAN LESTARI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM INOVASI PERTANIAN LESTARI

PROGRAM INOVASI PERTANIAN LESTARI

BINTULU, Sabtu – Pada 9 Mac 2024 yang lalu, telah berlangsung Program Inovasi Pertanian Lestari yang dianjurkan oleh Pelajar Kursus CES2241 (Pengembangan Pertanian) Diploma Pengurusan Perladangan dan Makanan Semester Kelima Sesi Akademik 2023/2024, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB).
 
Program ini dianjurkan kerana sejajar dengan keperluan kursus tersebut sebagai satu kursus SULAM. SULAM merupakan singkatan daripada Service Learning Malaysia bagi merujuk kepada pendekatan “pembelajaran-berasaskan perkhidmatan”. SULAM merupakan satu pendekatan pembelajaran yang menggabungkan tiga komponen penting iaitu akademik, penglibatan komuniti dan pengalaman praktikal pelajar.
 
Program ini telah dilaksanakan di Rumah Meikle Ding, Sg. Sekutan, Sebauh, Bintulu, Sarawak. Di antara pengisisan program tersebut adalah diseminasi ilmu berkenaan penananam jagung dan sayur-sayuran, penanaman tanaman hiasan, pengurusan dusun buah-buahan, serta keselamatan operasi penggunaan racun perosak. Di samping itu pelajar juga berkesempatan mengambil bahagian dalam aktiviti khidmat masyarakat dan persembahan kebudayaan bersama komuniti rumah panjang.
 
Eleckster Dayat Jeki, pelajar Diploma Pengurusan Perladangan dan Makanan Semester Kelima selaku Pengarah Program Pertanian Lestari menyatakan program ini memberikan banyak pengaruh positf terhadap peningkatan kompetensi diri seperti keterampilan sosial, Program ini juga di lihat mampu meningkatkan keterampilan komunikasi, peningkatan rasa tanggungjawab sosial, memahami kepelbagaian agama dan budaya peningkatan kecekapan diri, dan motivasi diri pelajar.
 
Tuai Rumah, En. Meikle Ding mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Sains Tanaman, UPMKB, terutamanya kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Beliau melahirkan rasa gembira kerana rumah panjang beliau telah di pilih untuk program tersebut. Beliau juga menyatakan kesudian untuk menjadikan rumah panjang beliau sebagai platform untuk program seumpamanya di masa akan datang.
 
Menurut Penasihat Program Inovasi Pertanian Lestari, Dr. Franklin Ragai Kundat selaku Pensyarah Kursus CES2241 , melalui pendekatan pengajaran berasaskan SULAM ia akan dapat memberi peluang kepada para pelajar mempelajari pelbagai perkara yang wujud dan berlaku dalam komuniti.
 
Ia juga boleh ditakrifkan sebagai pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning). Program seperti ini mewujudkan pembelajaran secara dua hala di antara pelajar dan komuniti. Beliau sangat berbesar hati dengan program yang telah berlangsung dengan jayanya dan berhasrat ingin mengadakan program seperti ini lagi di masa akan datang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 03/04/2024 | Kemaskini: 03/04/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFCDA7~