PROGRAM HAYATI BULAN RAMADAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM HAYATI BULAN RAMADAN

PROGRAM HAYATI BULAN RAMADAN

Bintulu, 28 Mac - Bersempena bulan ramadan, Pejabat Pendaftar (UPMKB) telah menganjurkan aktiviti Majlis Juh Sungkei Ramadan Bersama Naib Canselor UPM dengan warga UPMKB. YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghadiri majlis bersama warga UPM Kampus Bintulu yang berlangsung di Pusat Islam (UPMKB).
 
Turut hadir sama YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPMKB dan YBhg. Dr. Haji Dasrilsyah bin Syahrial, Pengerusi Koperasi UPM untuk memeriahkan majlis berbuka.
 
Koperasi UPM telah memberi sumbangan raya kepada 30 orang pelajar asnaf yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM dan sumbangan Al-Quran serta dua kotak berisi buku agama juga telah disumbangkan kepada Pusat Islam (UPMKB).
 
Bersempena hari Nuzul Al-Quran, Jemaah turut diperdengarkan dengan bait-bait ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Sabirin bin Ato. Setelah azan maghrib, Jemaah menunaikan solat maghrib berjemaah kemudian berbuka bersama dengan juadah berbuka puasa yang disediakan.
 
Pelbagai menu yang disajikan untuk berbuka dimana mengamalkan tema 'Juadah Bawaan' daripada warga UPMKB untuk dinikmati bersama dengan rasa syukur dan gembira. Acara ini mencerminkan komitmen dan tanggungjawab terhadap komuniti serta menyuburkan budaya bersyukur dalam kalangan warga kampusnya khasnya.
 
Kemudian Jemaah menunaikan solat Isyak dan tazkirah ramadan yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor dan disambung dengan solat tarawih. Semoga program ini dapat memperkukuh keakraban agar dapat menyemai budaya murni dan kebersamaan menghayati bula puasa dengan penuh barakah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 01/04/2024 | Kemaskini: 01/04/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFBWAI~