PELAJAR UPMKB SALUR SUMBANGAN UNTUK PUTRA FOOD BANK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PELAJAR UPMKB SALUR SUMBANGAN UNTUK PUTRA FOOD BANK

PELAJAR UPMKB SALUR SUMBANGAN UNTUK PUTRA FOOD BANK

BINTULU: Pelajar-pelajar Kursus Kokurikulum Bakti Siswa (Kumpulan 3) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menyalurkan sumbangan untuk Putra Food Bank hari ini.

Sumbangan itu adalah hasil daripada penganjuran Program Putra Bakti: Putra Eco-Iftar baru-baru ini.

Sumbangan telah diserahkan oleh pengarah program Muhammad Shahiddin Rosli kepada Ketua Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB Mohamad Syukri Mohamad Adnan di pejabat beliau dengan disaksikan pegawai-pegawai universiti.

Shahiddin berkata, melalui program yang dianjurkan ini para pelajar berupaya meningkatkan kemahiran insaniah, memupuk semangat kerja berpasukan, membentuk kemahiran memimpin serta menggalakkan penglibatan sosial dalam komuniti. 

"Rezeki yang diperolehi dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan," katanya lanjut.

Menurut beliau, bagi yang ingin menyumbang kepada Putra Food Bank boleh hubungi Hairunisah Abdul Rahman di talian 086-855657 atau melalui e-mel hairunisah@upm.edu.my.


 

Tarikh Input: 28/03/2024 | Kemaskini: 28/03/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbRAj~