Bintulu, 30 September - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah mengadakan Mesyuarat Lawatan DYMM Sultan Selangor (Tuanku Canselor UPM) ke Bintulu dan Majlis Konvokesyen UPM kali ke-46 (Sidang 1) di UPMKB Sarawak bersama agensi / jabatan bahagian Bintulu Bil. 1/2022.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Encik Hussaini Bin Hakim, Timbalan Residen Bahagian Bintulu. Agensi yang turut hadir adalah Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), PDRM, Hospital Bintulu, JKR, Jabatan Imigresen, Jabatan Premier Sarawak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Turut hadir Prof. Dr Shahrul Razid Bin Sarbini (Pengarah Kampus UPMKB), TNC (AA), Pengarah PSPK, Ketua Pentadbiran (Akademik dan Antarabangsa) dan Jawatankuasa Induk Konvokesyen UPMKB.
#MajlisKonvokesyenUPM46
#BerilmuBerbakti
#MenggemaSeruanAlFalahDariMenaraIlmu
Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 03/10/2022 | lanz
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia