8 November 2022 (Selasa), Taman Tumbina Bintulu telah menerima Lawatan Sambil Belajar pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan Semester 5, UPM Kampus Bintulu Sarawak untuk kursus AHP2602 Kesihatan Haiwan Lanjutan.
Seramai 52 orang pelajar bersama dengan Pensyarah Kursus Ts. Dr. Suhaili Mustafa dan Penolong Pegawai Sains En. Denny Brooke Jilan telah diberi taklimat oleh Puan Zaiton Binti Bakeri, Penolong Pegawai Veterinar berkenaan operasi dan pengurusan haiwan di Taman berkenaan.
Lawatan disekitar Taman juga dilakukan sejurus selepas itu dimana pelajar telah didedahkan mengenai prosedur – prosedur pengurusan haiwan sakit, pengendalian haiwan agresif, prosedur pemvaksinan dan juga pengurusan dietery haiwan berkenaan. Lawatan seperti ini amat perlu kepada para pelajar untuk memberi pendedahan sebenar kepada mereka di samping memantapkan amali dan teori yang mereka pelajari di dalam kuliah.
Tarikh Input: 09/11/2022 |
Kemaskini: 09/11/2022 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA