LAWATAN KERJA POLIS BANTUAN UITM CAWANGAN SARAWAK KE UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK. | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LAWATAN KERJA POLIS BANTUAN UITM CAWANGAN SARAWAK KE UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK.

LAWATAN KERJA POLIS BANTUAN UITM CAWANGAN SARAWAK KE UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK.

Untuk pertama kalinya, Unit Polis Bantuan UITM Cawangan Sarawak telah membuat lawatan kerja di UPMKB pada 20 Febuari 2019. Lawatan ini terdiri daripada UITM Mukah, Samarahan 1 dan 2 .

Pengisian lawatan ini dimulakan dengan perjumpaan bersama Dekan (Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Bin Sarbini) dan Ketua Pentadbiran (Sudirman Bin Asmadi) UPMKB, dan diikuti taklimat daripada Ketua Keselamatan (ASP/PB Sharman bin Yeop Ismail). Antara agenda yang dibincangkan adalah peluang kerjasama di antara kedua-dua universiti Universiti di Sarawak.

Rombongan ini turut dibawa melawat sekitar kampus untuk melihat perkembangan infrastruktur dan fasiliti di dalam kampus UPMKB (khususnya Bahagian keselamatan).

Harapan UPMKB, dengan adanya kunjungan rasmi dari Unit Polis Bantuan Cawangan Sarawak pada tahun ini akan memberi impak yang lebih baik dari segi perancangan kerjasama pada masa akan datang antara UITM cawangan Sarawak dan UPMKB.





Tarikh Input: 21/02/2019 | Kemaskini: 22/02/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbGAd~