Sekitar Kunjungan hormat YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Sarawak disambut mesra oleh YBhg. Prof. Dr. Hj. Ahmad Hata bin Rasit Naib Canselor UNIMAS pada 23 Feb 2024.
Dalam pertemuan ringkas dan bermanfaat tersebut kedua-dua pihak berbincang mengenai kerjasama mapan dan strategik bagi memperkasakan kecemerlangan pendidikan tinggi serta kebersamaan dalam melestarikan penyelidikan serta projek berimpak tinggi dirantau ini.
YBhg. Pengarah Kampus yang juga merangkap Pengerusi Pengasas Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) turut mengambil peluang menerangkan berkenaan ketersediaan KUUB dalam menyokong hasrat tersebut melalui penganjuran program yang akan dilaksanakan bagi tahun 2024 oleh KUUB.
UPMKB merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian YBhg. Prof. Naib Canselor UNIMAS menyantuni pertemuan kedua pemimpin IPT di Sarawak ini.
Date of Input: 26/02/2024 |
Updated: 26/02/2024 | lanz
MEDIA SHARING