KEJAYAAN MALAM CITRA BUDAYA UPMKB BUKTI MINAT TINGGI BELIA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KEJAYAAN MALAM CITRA BUDAYA UPMKB BUKTI MINAT TINGGI BELIA

KEJAYAAN MALAM CITRA BUDAYA UPMKB BUKTI MINAT TINGGI BELIA


Para pemenang salah satu pertandingan merakamkan gambar kenangan.


BINTULU: Penyertaan ramai pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan belia sekitar Bintulu dalam Malam Citra Budaya memperlihatkan minat tinggi mereka terhadap seni dan budaya yang ada di negara ini, sekali gus akan membantu menyerlah bakat mereka.

Pengarah programnya Farhan Johan Jurat berkata, Malam Citra Budaya bukan sahaja untuk mengasah bakat pesertanya terdiri belia Bintulu dan pelajar UPMKB, bahkan peluang untuk mencungkil bakat terpendam.

“Melalui program ini juga kita berusaha agar seni kebudayaan yang ada di negara ini tidak dilupakan,” katanya pada Malam Citra Budaya yang disertai 118 pelajar UPMKB dan luar kampus universiti itu anjuran pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKB2101 UPMKB Seni Tari Melayu baru-baru ini.

Katanya, pihaknya juga berharap program ini dapat mengeratkan hubungan baik antara para peserta sekali gus membawa kejayaan atas sokongan serta kerjasama tanpa berbelah bahagi oleh semua pihak dalam program tersebut.

Sementara itu, fasilitator kursus terbabit Fazry Abdullah berkata, beliau berharap melalui program itu akan mampu mengajar dan mendedahkan para pelajar universiti dan peserta luarnya tentang seni budaya setiap masyarakat di negara ini.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Pencarian Bakat (Mencabar diri untuk menyanyi dan menari), Putera dan Puteri Citra, Bengkel Asas Tari dan Ekspo Jualan yang terbuka untuk disertai orang luar dan pelajar UPMKB.

Tarikh Input: 21/12/2022 | Kemaskini: 21/12/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaVAc~