DIALOG EKSKLUSIF KE ARAH KEPIMPINAN MAPAN BERSAMA YBHG. DATO’ NAIB CANSELOR UPM DENGAN PENGURUSAN UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » DIALOG EKSKLUSIF KE ARAH KEPIMPINAN MAPAN BERSAMA YBHG. DATO’ NAIB CANSELOR UPM DENGAN PENGURUSAN UPMKB

DIALOG EKSKLUSIF KE ARAH KEPIMPINAN MAPAN BERSAMA YBHG. DATO’ NAIB CANSELOR UPM DENGAN PENGURUSAN UPMKB

Bintulu, 28 Mac 2024 - Satu perjumpaan khas telah diadakan antara YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia bersama wakil Pengurusan UPMKB. Dalam sesi perjumpaan tersebut, YBhg. Dato’ Naib Canselor telah menyampaikan amanatnya sebelum Program Juh Sungkei Ramadan Bersama Naib Canselor UPM yang diadakan di Pusat Islam, UPMKB.
 
YBhg. Dato’ Naib Canselor turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua wakil pengurusan UPMKB atas usaha yang dilakukan untuk masyarakat serta memajukan UPMKB terutamanya di Rantau Borneo.
 
Sesi perjumpaan yang berkonsepkan sembang santai ini telah membuka ruang perbincangan antara YBhg. Naib Canselor dan semua ahli Pengurusan UPMKB untuk berdiskusi dan berkongsi idea tentang hala tuju UPMKB supaya perkembangannya seiring dengan erti kata True North UPM.
 
YBhg. Dato’ Naib Canselor turut merakamkan rasa bangga dengan pencapaian UPMKB di persada Rantau Borneo dan banyak membantu Kerajaan Sarawak dalam penyelidikan berkonsepkan terutamanya dalam membentuk usaha menjamin keterjaminan makanan melalui kepelbagian program pertanian dan perhutanan.
 
Beliau turut menyifatkan UPMKB merupakan ikon yang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mampu memberi manfaat dalam sumbangan kepada universiti agar terus maju ke hadapan.
 
Di samping itu, beliau menasihati supaya semua untuk melaksanakan tugas memimpin universiti bukan dengan mengejar kuasa dan pangkat sebaliknya sentiasa merasakan jawatan yang dipegang adalah sesuatu amanah yang mesti dipikul dengan rasa penuh tanggungjawab.
 
Selain itu, beliau juga menyeru semua ahli pengurusan bersama-sama berganding bahu dan bermuafakat kerana ia merupakan kekuatan dalaman dan luaran untuk mengharungi cabaran yang mendatang.
 
Di akhir ucapan, beliau mengingatkan supaya seluruh warga UPMKB agar terus komited dengan tugas, peranan dan tanggungjawab dan menasihati pengurusan UPMKB agar terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya komuniti sekitar Bintulu.
 

 

Tarikh Input: 01/04/2024 | Kemaskini: 01/04/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFCCAp~