59 PELAJAR UPMKB SERTAI PROGRAM DI TAMAN TUMBINA BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » 59 PELAJAR UPMKB SERTAI PROGRAM DI TAMAN TUMBINA BINTULU

59 PELAJAR UPMKB SERTAI PROGRAM DI TAMAN TUMBINA BINTULU

BINTULU: Seramai 59 pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan (DKHP) Semester 2 dan Semester 4 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyertai program 'Tumbina In Action' di Taman Tumbina (Tumbuhan dan Binatang) Bintulu, baru-baru ini.

Program itu turut disertai penasihat dari Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan UPMKB Profesor Madya Dr Juriah Kamaludeen. 

'Tumbina In Action' merupakan program pengayaan (memperluas pengetahuan, kemahiran, mengembangkan minat dan bakat) pelajar terhadap hidupan liar khususnya kepada spesies unggas yang terdapat di Taman Tumbina Bintulu. 

Ia melibatkan penyediaan persekitaran yang merangsang, aktiviti dan pengalaman kepada haiwan yang menyerupai habitat semula jadi dan menggalakkan tingkah laku semula jadi.

Program selama sehari yang mendapat kerjasama Taman Tumbina dan Lembaga Kemajuan Bintul (BDA) itu telah dilaksanakan dengan jayanya.

Pengarah program Mohamad Zuhair Mohamad Affandy berkata, program itu dapat memupuk minat pelajar mengenali spesies unggas seperti burung kakak tua, burung nuri, ayam belanda, ayam katik dan lain-lain.

"Program ini memberikan impak positif kepada pengunjung merasai pengalaman aktiviti pengayaan secara langsung dan mengetahui kepentingan menyediakan habitat sesuai untuk hidupan liar," katanya. 

Hasil tinjauan soal selidik mendedahkan demografi pelawat pelbagai dalam umur 19 hingga 40 telah melawat Tumbina beberapa kali menunjukkan minat dalam mengenali hidupan liar di taman ini.

Selain itu katanya, persepsi positif tentang keberkesanan usaha pemuliharaan hidupan liar dengan sebahagian besar responden menyedari kepentingan program pengayaan walaupun terdapat pelbagai tahap pengetahuan mengenainya.

Prof Madya Dr Juriah berkata, pelaksanaan program ini akan mengasah kebolehan berkomunikasi dan kebolehan menyelia pasukan dalam kalangan pelajar yang terlibat. 

Katanya, pihak universiti berhasrat agar jalinan kerjasama antara Taman Tumbina ini dapat terus dijalankan pada tahun mendatang.

Tarikh Input: 04/04/2024 | Kemaskini: 04/04/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFCCAN~