TINGKAT HASIL LADANG DENGAN PEMBAJAAN MIKRONUTRIEN DAN UNSUR BERFAEDAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » TINGKAT HASIL LADANG DENGAN PEMBAJAAN MIKRONUTRIEN DAN UNSUR BERFAEDAH

TINGKAT HASIL LADANG DENGAN PEMBAJAAN MIKRONUTRIEN DAN UNSUR BERFAEDAH

MIKRONUTRIEN adalah unsur penting yang diperlukan dalam kuantiti sedikit untuk pertumbuhan dan perkembangan tanaman, namun sebatian baja di pasaran kebanyakannya memberi fokus utama kepada tiga unsur makronutrien iaitu nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K).

Baja sebatian tersebut hadir dalam nisbah seperti 15:15:15 atau 12:12:17 iaitu melibatkan susunanunsurN:P2O5:K2Odi mana P hadir sebagai fosforus pentoksida (P2O5), manakala K sebagai kalium oksida (K2O).

Sekiranya satu beg baja dengan berat 50kg, bernisbah 12:12:17 akan mewakili 12% N, 12% P2O5, dan 17% K2O daripadakeseluruhanberatbaja tersebut. Terdapat juga beberapa produk hadir bersama magnesium (Mg) dalam bentuk magnesium oksida (MgO) dan sebagainya.

Kumpulanunsurpemakanan tanaman juga terdiri daripada mikronutriensepertiboron(B), zink (Zn), mangan (Mn), besi (Fe), tembaga (Cu), molibdenum (Mo) dan klorin (Cl). Manakala unsur berfaedah yang jarang didengari oleh kelompok-kelompok petani seperti natrium (Na) dan silikon (Si), namun ianya boleh ditemui dalam produk baja dan biostimulan tertentu.

Kesemua unsur-unsur ini terbukti memberi kebaikan kepada tanaman seperti meningkatkan ketahanan terhadap kemasinan tanah dan sistem pertahanan daripada serangan perosak. Manfaatnya, peningkatan kualiti dan kuantiti hasil turut ditambah baik melalui penggunaan unsur-unsur ini.

Sehingga kini, banyakpenyelidik dari dalam dan luar negara telah membuktikan keberkesanannya kepada kepelbagaian jenis tanaman dan keupayaan untuk tumbuh dengan baik walaupun diganggu oleh tekanan biotik (melibatkan komponen hidupan dalam sesuatu ekosistem seperti binatang, dan bakteria) atau abiotik (melibatkan komponen bukan hidup dalam sesuatu ekosistem seperti cuaca, cahaya, dan tanah).

Namun, kepekatan yang diperlukan oleh setiap tanaman adalahberbezamengikutumur, jenis dan kumpulan tanaman dan faktor-faktor lain. Di Malaysia, produk mengandungi mikronutrien dipasarkan dalam bentuk baja daun atau lebih sinonim di kalangan penjual-petani sebagai baja pokok.

Penggunaan baja cecair seperti ini berupaya meningkatkan pengambilan unsur tersebut dan mengurangkan kadar kehilangan seperti penggunaan baja sebatian akibat tindak balas yang berlaku dalam tanah.

Semburan terus ke permukaan daun tanaman akan mempercepatkan proses penyerapan serta merangsang aktiviti pertumbuhan akar. Penggunaan baja daun ini akan meningkatkan pengambilan air oleh akar kerana aktiviti penyerapan nutrien yang aktif di dalam tanah.

Oleh itu, simptom kekurangan nutrien (perubahan warna daun hijau ke kuning) pada tumbuhan akan berkurangan dan boleh dihentikan oleh kecekapanpengambilanunsurunsur tersebut.

Sehinggakini,pelbagaivariasi kepekatan dan kepelbagaian unsur diformulasikan untuk memenuhi keperluan tanaman mengikut fasa pertumbuhan tertentu. Masalah seperti buah lemon terbelah (lemon fruit splitting) adalah petanda awal kekurangan unsur K dan kalsium (Ca), juga disebabkan oleh kesan perubahan cuaca.

Ketika cuaca panas berterusan, pokok akan berada dalam keadaan kering dan apabila berlaku perubahan cuaca kepada musim hujan, buah lemon yang telah terbentuk di pokok akan terbelah.

Alternatif kepada masalah ini adalah menyiram pokok lemon secara berkala dan pemberian unsur K dan Ca dengan mencukupi.Amnya,kesanterhadap perubahan abiotik akan mengganggu proses-proses fisiologi tumbuhan (seperti fotosintesis, respirasi, dan tropisme) dapat dikawalsecaraberkesandengan penyemburan unsur seperti K dan Si kepada keseluruhan pokok.

Semburan formulasi ini terbukti dapat meningkatkan hasil buah lemon melalui peningkatan aktiviti fotosintesis dan mengurangkan penutupan stomata semasa peningkatan suhu.Initermasukmengurangkan kesan buah lemon terbelah disebabkan oleh keupayaan menurunkan suhu pokok dan buah tersebut.

Semburan Ca dan Na kepada keseluruhan pokok durian belanda juga memberikan kesan positif kepada pertumbuhan dan hasil buah yang lebih manis. Initerbuktidenganpenghasilan buah durian belanda yang lebih pejal, rentan kepada serangan serangga perosak, dan peningkatan kemanisan (darjah Brix).

Peningkatan jumlah bunga daripada proses antesis ke pertumbuhan buah juga direkodkan dengan penggunaan semburan ini secara berkala. Namun, pemberian baja sebatian kepada pokok juga perlu dititikberatkan untuk memastikan masalah kekurangan nutrien tidak serius dan menjejaskan pertumbuhan utama.

Selain keberkesanan kepada pokok lemon dan durian belanda, penggunaan mikronutrien dan unsur berfaedah kepada pokok pisang juga menunjukkan tanda positif terutamanyaselepaspembajaan NPK yang mencukupi.

Semburan formulasi-formulasi tersebut boleh dilakukan apabila mencapai fasa pertumbuhan tanaman tertentu seperti fasa pertumbuhan vegetatif, fasa pembentukan bunga, fasa pengeluaran buah dan sebagainya.

Antara teknik semburan formulasi yang boleh dilakukan seperti menyembur keseluruhan jambak bunga pisang (jantung pisang). Ia boleh dilakukan apabila keseluruhan jambak telah terbuka.

Hasil penemuan penyelidikan semasa musim pertama penanaman telah berjaya menunjukkan peningkatan hasil buah serta ketahanan pokok terhadap tekanan biotik dan abiotik. Selain hasil yang tinggi, peningkatan ukur lilit buah pisang seperti kultivar tanduk juga turut diperolehi.

Bagaimanapun, semburan mikronutrien dan unsur berfaedah ini haruslah dilakukan pada waktu pagi jika tiada hujanuntukmengoptimumkan penyerapan nutrien tersebut. Keadaanpokokjugaharuslah dalam keadaan baik sebelum semburan ini dilakukan dengan memastikansimptomkekurangan nutrein dan kesan serangan perosak dan penyakit adalah minimum.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel ke izzahabdhamid@gmail.com dan asrina@upm.edu.my.

 

Tarikh Input: 27/02/2024 | Kemaskini: 27/02/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcQAp~