SARAWAK CADANG TETAPKAN HARGA LANTAI BELIAN PADI RM1,800 PER TAN METRIK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » SARAWAK CADANG TETAPKAN HARGA LANTAI BELIAN PADI RM1,800 PER TAN METRIK

SARAWAK CADANG TETAPKAN HARGA LANTAI BELIAN PADI RM1,800 PER TAN METRIK

GEDONG: Kerajaan Sarawak mencadang untuk menetapkan harga lantai belian padi beras keluaran Sarawak sebanyak RM1,800 per tan metrik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, harga lantai belian padi beras itu dicadangkan ditingkatkan sebanyak RM500 daripada RM1,300 per tan metrik bagi meningkatkan pendapatan para petani di negeri ini.

“Harga lantai belian padi di negara ini adalah sebanyak RM1,300 per tan metrik, tetapi di Sarawak mahu menambah sebanyak RM500 menjadi RM1,800 per tan metrik, maka kita hendak beli beras pada harga tersebut.

“Jadi daripada RM6,000 jangkaan pendapatan isi rumah para petani, mungkin mereka akan menerima lebih lagi daripada pendapatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Jalinan Kasih Tani Beranyi Bersama YAB Premier Sarawak di tapak projek Agrihub @ Gedong di sini pada Isnin.

Program tersebut anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) Cawangan Bintulu dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Samarahan.

Sementara itu, Datuk Patinggi Abang Zohari memberitahu, harga beras terkini mengambil kira dua faktor iaitu pengimportan beras dan baja.

Hal ini kerana katanya, kedua-dua faktor ini mengambil kira turun naik mata wang asing.

Tambahnya, penghasilan beras dan baja ini mampu mengawal harga beras di Malaysia dan Sarawak.

“Sekiranya kita tidak tertakluk kepada naik turun mata wang asing maka dapatlah harga kita (tetapkan) sendiri tetapi kita mestilah ada harga lantai,” jelasnya.

Hadir sama, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk lr Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Residen Bahagian Samarahan Mohammad Irwan Bahari Bujang serta tetamu-tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS

Tarikh Input: 28/02/2024 | Kemaskini: 28/02/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdAAH~