MODUL PEMBANGUNAN KOMUNITI: KEIBUBAPAAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » MODUL PEMBANGUNAN KOMUNITI: KEIBUBAPAAN

MODUL PEMBANGUNAN KOMUNITI: KEIBUBAPAAN

Ibu bapa merupakan insan yang terpenting dalam proses pembentukan personaliti anak-anak. Kejayaan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak bukan hanya dilihat daripada aspek kejayaan akademik atau menyediakan keperluan material semata-mata kepada anak-anak. Peranan keibubapaan juga sangat meluas dalam pembentukan jati diri anak-anak. Hal ini termasuklah membina personaliti, kebijaksanaan menguruskan emosi, meningkatkan daya tahan diri (resilien) anak-anak serta menentukan hala tuju masa depan keluarga.

Bagi mencapai tujuan ini, ibu bapa terlebih dahulu perlu bijak menguruskan emosi masing-masing agar tidak menjejaskan peranan keibubapaan dalam membesarkan anak-anak. Mengikut kajian Repetti & Wood (1997), ibu yang stres kurang bercakap dan kurang menunjukkan kasih sayang terhadap anak. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengakibatkan emosi anak akan turut terluka. Oleh itu, ibu bapa harus peka dan tidak sambil lewa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak agar kesejahteraan emosi dan mental keluarga berada pada tahap yang baik.

Selain itu, ilmu keibubapaan juga amat penting untuk difahami oleh golongan ibu bapa bagi memastikan cara didikan bersesuaian dengan era pada masa kini. Sehubungan itu, Modul Keibubapaan ini merupakan satu garis panduan yang boleh digunakan oleh fasilitator yang akan mengendalikan sesi bimbingan bersama ibu bapa. Ujian keberkesanan pelaksanaan telah dibuat terhadap peserta yang terlibat.


PANEL PENULIS

Puan Hairunisah Binti Abdul Rahman
Encik Muhammad Abdul Rahim Bin Habib
Dr. Chan Siaw Leng
Dr. Karmilah Binti Abdullah
Puan Joyce Morris Kapong 

Untuk Muat Turun >> DISINI

Tarikh Input: 06/06/2023 | Kemaskini: 07/06/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbXAf~