MODUL PEMBANGUNAN KOMUNITI: KANAK-KANAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » MODUL PEMBANGUNAN KOMUNITI: KANAK-KANAK

MODUL PEMBANGUNAN KOMUNITI: KANAK-KANAK

Modul perkembangan kanak-kanak ini diperkenalkan untuk memerhatikan tahap perkembangan psikologi kanak-kanak yang meliputi perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, dan sosio-emosi. Melalui aktiviti-aktiviti yang berdasarkan kepada teori perkembangan kanak-kanak, intervensi dapat diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan pertolongan.

Dengan adanya intervensi, nescaya perkembangan kanak-kanak dapat diperkukuhkan untuk memastikan perkembangan kanak-kanak yang sihat. Modul ini mengandungi Latihan dalam Kumpulan (LDK) atau aktiviti yang memenuhi empat komponen utama perkembangan psikologi kanak-kanak serta kit aktiviti yang sesuai dengan kanak-kanak yang berumur dari tiga hingga dua belas tahun.

Diharapkan juga ibu bapa dapat memanfaatkan tip serta panduan yang telah dikongsikan dalam buku ini bagi memastikan kesejahteraan mental anak-anak dapat dijaga sebaiknya.

PANEL PENULIS

Puan Hairunisah Binti Abdul Rahman
Encik Muhammad Abdul Rahim Bin Habib
Dr. Chan Siaw Leng
Dr. Karmilah Binti Abdullah
Puan Joyce Morris Kapong 

Untuk Muat Turun >> DISINI

Tarikh Input: 06/06/2023 | Kemaskini: 07/06/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcGA0~