MASYARAKAT MELANAU KAYA DENGAN PERUBATAN HERBA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » MASYARAKAT MELANAU KAYA DENGAN PERUBATAN HERBA

MASYARAKAT MELANAU KAYA DENGAN PERUBATAN HERBA

“KETIKA saya masih kanak-kanak membesar di kampung, saya sering mendengar cerita dari datuk nenek saya mengenai bagaimana mereka bergantung pada herba hutan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.” Itu kata-kata pelajar Ijazah Sains Perhutanan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), Nurul Azwany Umayrah Omarali yang menyebabkannya ingin memelihara warisan budaya
melalui kajian saintifik.

Kajian dijalankan di kampungnya, Kampung Melanau Igan, Mukah, Sarawak itu bertujuan mendokumentasikan pengetahuan tradisional mengenai herba yang digunakan sebagai ubatan tradisi oleh masyarakat Melanau.

Dibimbing oleh penyelianya yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB, Dr. Keeren Sundara Rajoo, bertujuan mengenalpasti spesies tumbuhan yang biasa digunakan sebagai perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat Melanau.

Keeren berkata, maklumat dikumpul, dianalisis menggunakan indeks etnobotani kuantitatif untuk mengetahui kepentingan tumbuh- tumbuhan ini dalam ubatan tradisi komuniti Melanau.

“Lebih 70 penduduk kampung Melanau Igan ditemu ramah dan 72 spesies tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisional Melanau berjaya didokumentasikan.

“Walaupun tumbuhtumbuhan ini mempunyai nilai budaya yang tinggi, ia adalah penting untuk menjalankan analisis kimia untuk menilai potensi sebenar ubat-ubatan ini. “Ia juga penting untuk mendapatkan rujukan pakar perubatan sebelum menggunakan sebarang ubatan tradisional,” ujarnya.

Kajian berkenaan turut mendedahkan satu trend iaitu hampir kesemua individu yang mempunyai pengetahuan tentang perubatan tradisional, berumur 40 tahun dan ke atas.

“Ini menunjukkan keperluan untuk memelihara ilmu tradisi berharga ini kerana generasi muda kurang berpengetahuan dalam aspekini. “Hasil kajian ini akan diterbitkan dalam jurnal ilmiah antarabangsa terkemuka, untuk memperkukuhkan impaknya,” jelasnya lanjut.

HUBUNGAN RAPAT SUNGAI DAN LAUT

Bercakap mengenai keistimewaan masyarakat Melanau, Kereen berkata selain kaya dengan perubatan herba, etnik kelima terbesar di Bumi Kenyalang itu mempunyai hubungan rapat dengan sungai dan laut, kerana ia merupakan sumber pendapatan utama mereka.

Daripada segi sejarah, Melanau biasanya bekerja sebagai nelayan, pembuat bot dan tukang kayu. “Ia juga dipercayai bahawa pada masa dahulu, Sultan Brunei telah memberikan tanggungjawab kepada masyarakat Melanau untuk menguruskan perdagangan sagu di rantau ini.

“Orang Melanau secara tradisi, tinggal di rumah panjang, tetapi mereka kini tinggal di rumah kampung.

“Pada zaman sekarang, majoriti masyarakat Melana beragama Islam, tetapi terdapat juga minoriti beragama Kristian atau masih mengamalkan animisme,” katanya.

Tarikh Input: 27/10/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcPAs~