DATO’ PROF. DR. AHMAD FARHAN MOHD. SADULLAH DILANTIK NAIB CANSELOR UPM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » DATO’ PROF. DR. AHMAD FARHAN MOHD. SADULLAH DILANTIK NAIB CANSELOR UPM

DATO’ PROF. DR. AHMAD FARHAN MOHD. SADULLAH DILANTIK NAIB CANSELOR UPM

SERDANG, 20 Sept – Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah, 57, telah dilantik sebagai Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM) selama tiga tahun mulai 2 Oktober 2023 hingga 17 September 2026.

Beliau memperoleh Doktor Falsafah dalam Pengajian Pengangkutan dari University of London pada tahun 1995, Sarjana Sains dalam bidang Pengangkutan di universiti yang sama pada tahun 1990 dan Diploma Imperial College (DIC) daripada Imperial College of Science, Technology and Medicine pada tahun 1990.

Terdahulu, beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), USM pada tahun 2017 hingga 2020.

Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan memulakan kerjaya beliau sebagai pensyarah USM pada tahun 1995 dan menyandang jawatan Penyelaras Unit Inovasi dan Pembangunan Teknologi (2000 – 2004), Dekan Pelantar Penyelidikan Kejuruteraan dan Teknologi (2004 – 2006) dan Pengarah Inovasi, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM (2006 – 2007).

Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini merupakan penerima Anugerah Tokoh Keselamatan Jalan Raya pada tahun 2015 atas sumbangan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan pengangkutan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tambahan lagi, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Kluster Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Keselamatan Jalan Raya dan Ahli Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dari thaun 2008 hingga 2011.

Dato’ Prof Dr. Ahmad Farhan turut terlibat dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang melibatkan bidang pengangkutan yang meliputi keselamatan jalan raya, pengangkutan awam, kelestarian pengangkutan, Sistem Pengangkutan Pintar serta tingkahlaku perjalanan dan kejuruteraan trafik.

Tarikh Input: 02/10/2023 | Kemaskini: 02/10/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcDAJ~