CEKAL USAHAKAN PENTERNAKAN BURUNG PUYUH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » CEKAL USAHAKAN PENTERNAKAN BURUNG PUYUH

CEKAL USAHAKAN PENTERNAKAN BURUNG PUYUH

Keratan Akhbar Online Media Pertama, Brunei - Cekal Usahakan Penternakan Burung Puyuh, 1 Ogos 2023

Komitmen dan semangat untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya agar terus kekal relevan telah membawa impak yang positif kepada Tuan Mazlan Bin Haji Maidin yang berasal dari Negara Brunei Darussalam.

Demi ilmu, beliau tidak teragak-agak untuk menghadiri kursus ternakan puyuh anjuran Pusat Pertanian Putra, UPM Kampus Bintulu Sarawak sebelum mengusahakan semula penternakan burung puyuh setelah pernah mengalami kegagalan dalam bidang usaha yang sama pada tahun 1990an sehinggalah beliau menjadi seorang usahawan burung puyuh yang sangat berjaya di Brunei pada masa ini.

Penganjuran kursus pertanian oleh Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu selama ini ternyata telah memberi impak positif dari segi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan taraf hidup komuniti.

Tarikh Input: 03/08/2023 | Kemaskini: 03/08/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcCAU~