Atikel ditulis Oleh Hazanariah Nassir (Psikologi Pelatih Seksyen Kaunseling dan Kebajikan Pelajar, UPMKB)
Golongan ibu bapa pastinya gembira apabila mereka akan menimbang cahaya mata terutamanya bagi pasangan yang menimang anak sulung mereka. Sering kali masyarakat mengatakan bahawa anak merupakan rezeki daripada tuhan tetapi sering kali juga mereka lupa bahawa anak juga merupakan amanah yang hendaklah dijaga dengan baik dan dengan penuh kasih sayang bak kata pepatah seperti menatang minyak yang penuh. Namun begitu, terdapat sesetengah ibu bapa mempunyai sedikit pengetahuan dan pemahaman mengenai perkembangan anak terutamanya daripada segi psikologi yang menyebabkan mereka terlepas pandang perkara yang penting yang dapat membantu perkembangan anak mereka. Oleh itu, perkembangan kanak kanak yang baik dari segi psikososial dapat membantu perkembangan kanak kanak kearah yang sihat dan positif serta memberi kesan yang baik kepada kanak kanak pada jangka masa yang lama dan juga pada masa hadapan mereka.
Bagi menolong perkembangan psikologi bagi bayi dan kanak kanak kecil, Erik Erikson memperkenalkan teori perkembangan psikososial yang merangkumi 8 peringkat di mana bayi dan kanak kanak kecil dikategorikan di dalam tahap pertama iaitu kepercayaan vs ketidakpercayaan. Perkembangan psikososial yang sihat di dalam bayi dan kanak kanak amatlah penting kerana ia dapat mempengaruhi keyakinan diri kanak kanak tersebut, membentuk personaliti tersendiri di dalam diri kanak kanak, menggalakkan interaksi sosial serta membentuk sikap berdikari dan konsep kendiri di dalam diri kanak kanak.
Pada tahap kepercayaan vs ketidakpercayaan di mana ia melibatkan bayi dari kelahiran sehingga berusia 18 bulan. Tahap ini merupakan antara tahap yang penting kerana ia merupakan permulaan di mana bayi dan kanak kanak kecil membina kepercayaan kepada sekelilingnya dan pada tahap ini ibubapa mahupun penjaga memainkan peranan yang penting dalam memupuk kepercayaan ini. Hal ini kerana mereka merupakan yang golongan dekat dan meluangkan masa yang lama bersama bayi dan kanak kanak tersebut di mana mereka yang menjaga, memberikan kasih sayang, makanan, dan juga menjaga keselamatan bayi dan kanak kanak kecil tersebut. Cara interaksi dan layanan ibupada ataupun penjaga kepada bayi memberikan gambaran awal mereka terhadap kehidupan sama ada kehidupan pada dasarnya baik mahupun tidak.
Oleh itu, terdapat perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan perkembangan dari segi psikososial yang sihat. Antaranya ialah:
Justeru, kualiti penjagaan bayi dan kanak kanak kecil oleh ibubapa dan penjaga amatlah penting kerana ia bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perkembangan tahap ini, tetapi juga kepada untuk masa hadapan. Situasi di mana sesetengah ibubapa mahupun penjaga menganggap perkara biasa seperti penyusuan, bayi tidak dijaga atau lampin yang tidak ditukar, merupakan antara situasi yang boleh mendorong kepercayaan bayi tersebut kepada orang lain.
Jika ibubapa dan penjaga berjaya di dalam tahap ini, di mana kanak kanak berjaya membina kepercayaan terhadap sekeliling mereka, ia akan membantu kanak kanak merasa kehidupan mereka di dunia akan selamat dan terjamin. Justeru hal ini dapat membantu perkembangan diri ke arah yang positif pada masa hadapan di mana mereka akan bersikap terbuka kepada perkara dan pengalaman baru dan lebih berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara.
Sebaliknya, jika ibubapa dan penjaga kurang atau tidak berjaya di dalam tahap ini, ia akan menyumbang kepada perasaan tidak percaya di dalam diri kanak kanak yang boleh menganggu perkembangan diri kanak kanak dan memberi impak pada masa hadapan. Hal ini, di mana mereka akan mudah mempunyai perasaan takut yang mengakibatkan gangguan kepada perkembangan diri mereka di mana mereka akan cenderung bersikap ragu-ragu dalam menjalankan sesuatu perkara dan kurang kepercayaan pada diri mereka sendiri.
Kesimpulannya, pengenalan kepada situasi situasi yang biasa di dalam kehidupan tetapi boleh memberikan impak kepada perkembangan bayi boleh membuka mata ibubapa dan penjaga memahami bayi dan kanak kanak berkembang dengan cara tersendiri dan unik. Justeru pengenalan tips tips diharapkan dapat membantu perkembangan bayi dan kanak kanak ke arah yang lebih baik dan dengan lebih pesat dan efektif seiring seiring dengan umur mereka dan memberikan kesan pada masa hadapan dan jangka masa yang panjang.
Date of Input: 13/07/2023 | Updated: 13/07/2023 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia