OUR ENTITY | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» OUR ENTITY » Sekapur Sirih

Sekapur Sirih

Sekapur Sirih

Bismillahhir-Rahmanir-Rahim
Assalammualaikum W.B.T

Terlebih dahulu saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia-Nya saya diberikan kesempatan untuk memberi ucapan alu-aluan untuk laman sesawang Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), UPM Kampus Bintulu Sarawak. Melalui proses merakayasa UPM Kampus Bintulu pada tahun 2018, penjenamaan UPM Kampus Bintulu Sarawak telah mewujudkan dua buah fakulti dan Institut Ekosains Borneo. Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains ini ditunjangi oleh dua buah jabatan iaitu Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan dan Jabatan Sains dan Teknologi yang mula beroperasi pada 1 Julai 2020 sebagai fakulti.

Sebagai sebuah fakulti di Universiti Penyelidikan di Borneo, FKPS berusaha untuk menyumbang kepakaran melalui penyelidikan dan khidmat nasihat dalam pembentukan dasar dan pembangunan di Sarawak. Usaha ini tidak akan terhasil tanpa bantuan semua pihak dalam menjadikan FKPS sebagai peneraju Pendidikan berteraskan kepada Sains Sosial dan Teknologi.

Pada masa ini, program yang ditawarkan oleh fakulti adalah seperti berikut:

  • Bacelor Sains Kimia Industri dengan Kepujian (JSTEK)
  • Bachelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (JSSP)
  • Diploma Perniagaantani (JSSP)
  • Diploma Kejuruteraan Pertanian (JSTEK)
  • Diploma Pembangunan Manusia (JSSP)
  • Diploma Sains Persediaan (JSTEK)


FKPS akan terus berusaha untuk menghasilkan graduan yang kompeten melalui penggalakkan dalam aspek kecemerlangan akademik dan membangunkan kemahiran generik serta meningkatkan penglibatan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Berbagai usaha akan dilaksanakan untuk menyokong pencapaian objektif pengantarabangsaan universiti termasuk penglibatan para pelajar dan pensyarah. Untuk mencapai usaha tersebut FKPS akan mengadakan program pertukaran pelajar, pensyarah serta mengadakan MoU dengan beberapa universiti di luar negara.

Akhir kata, diucapkan Selamat Datang ke laman sesawang Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains. Semoga segala maklumat yang dipaparkan dapat memberi info kepada anda semua. Diharap ia juga dapat memudahkan anda untuk mengakses ke Fakulti kami untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci mengenai pembelajaran dan kajian serta aktiviti-aktiviti dan program-program yang dianjurkan.

Wassalam.

PROF. MADYA DR. MOHAMAD MAULANA MAGIMAN
Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Jalan Nyabau
97008 Bintulu Sarawak
Tel: +6086855215
Faks: +6086855270
Emel: dean.fkps@upm.edu.my

 

Updated:: 08/07/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaGAq~