ENTITI KAMI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ENTITI KAMI » Dari Meja Dekan FKPS

Dari Meja Dekan FKPS

Ucapan Dekan

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari lama sesawang Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan & Sains (FKPS).

FKPS adalah satu daripada dua fakulti, yang kedua ialah Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, yang ditubuhkan pada 1 Julai 2020 di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB). Fakulti menghimpunkan pelbagai disiplin sains sosial, kemanusiaan dan sains di dalam dua jabatan, iaitu: Jabatan Sains Sosial & Pengurusan ( JSSP) dan Jabatan Sains dan Teknologi (JSTEK).

Pada masa ini, program yang ditawarkan oleh fakulti adalah seperti berikut:

  • Bacelor Sains Kimia Industri dengan Kepujian (JSTEK)
  • Bachelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (JSSP)
  • Diploma Perniagaantani (JSSP)
  • Diploma Kejuruteraan Pertanian (JSTEK)
  • Diploma Pembangunan Manusia (JSSP)
  • Diploma Sains Persediaan (JSTEK)


Beberapa program akademik sedang dirancang dan setelah selesai melalui saringan, fakulti berharap akan menawarkannya dalam masa terdekat.

Di peringkat siswazah, beberapa bidang kajian ditawarkan untuk diselia oleh staff akademik dari UPMKB. Bakal calon boleh menyemak program itu dalam laman sesawang Sekolah Pengajian Siswazah mengenai kepakaran yang ada di UPMKB yang disenaraikan dalam senarai berkaitan yang boleh dipilih sebagai bakal penasihat/ penyelia masing-masing.

Bakal rakan penyelidik juga boleh menyemak kepakaran yang ada pada staff fakulti yang diperlukan sebagai rakan penyelidik. Pengalaman lepas, kerja-kerja penyelidikan semasa dan kerja-kerja yang bakal dijalankan di masa hadapan akan dikemas kini dari masa ke masa bagi memudahkan bakal pelamar.

Sekali lagi, terima kasih kerana melayari sesawang kami.

Salam hormat.

PROF. DR. JAYUM ANAK JAWAN
PhD, Hull; MA, Appalachian; BA, UNC-A
Dekan Pengasas
(Penyandang pertama Kursi Penyelidikan Tan Sri Empiang Jabu, 2019-2022)

 

 

Kemaskini:: 17/03/2021 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdJAM~