Putra FoodBank | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» HAL EHWAL PELAJAR » Khidmat Kebajikan Pelajar » Putra FoodBank

Putra FoodBank

Putra FoodBank di UPMKB telah ditubuhkan sejak Ogos 2018. Tujuan Putra FoodBank ditubuhkan adalah sebagai langkah untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan dan keperluan asas secara percuma.

Bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan ini, pihak kami mengalu-alukan sumbangan berbentuk kewangan atau barangan keperluan asas seperti makanan, minuman dan keperluan diri yang lain daripada mana-mana agensi mahupun sumbangan persendirian. Sumbangan barangan boleh dihantar terus ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan terus ke akaun seperti butiran berikut:

Akaun : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU

Nombor Akaun : 8005232086

Nama Bank : CIMB BANK BERHAD

Rujukan Penerima : Putra FoodBank

Emel : btu_hep@upm.edu.my

(Emelkan slip transaksi dan maklumat penyumbang untuk penyediaan resit)

 

Kemaskini:: 03/01/2022 [lanz]

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdBA1~