UPM KAMPUS BINTULU FOKUS ISU PERPADUAN DALAM KOMUNITI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PUTRABAKTI » UPM KAMPUS BINTULU FOKUS ISU PERPADUAN DALAM KOMUNITI

UPM KAMPUS BINTULU FOKUS ISU PERPADUAN DALAM KOMUNITI

BINTULU - Perpaduan merupakan isu sejagat yang harus kita ambil berat bersama-sama. Perpaduan yang lemah bukan sahaja akan memberi kesan kelestarian dan kemakmuran sesebuah negara tetapi juga akan memberi kesan yang mendalam dalam kemajuan sesebuah negara. Ditambah lagi dengan zaman yang serba canggih, isu perpaduan dalam kalangan masyarakat menjadi agenda utama perbincangan dalam arus perdana mahupun media sosial. Perpaduan amat disanjung dalam sesebuah komuniti kerana ianya adalah tonggak utama dalam menjamin dan mencapai kesejahteraan penduduk. Melihat kepada scenario ini, pelajar Bakti Siswa (Kumpulan 1), Semester Kedua 2021/2022 dengan kerjasama Unit Perumahan, bahagan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak berhasrat untuk menganjurkan Program Putra Bakti @Help, Give & Take yang akan memfokuskan tema perpaduan dalam komuniti yang mensasarkan komuniti UPMKB.

Pengarah Program Abang Mohamad Adam Hakimi Bin Abdullah Abang Mohamad Zahiruddin berkata, semangat kerjasama kumpulan dan kemahiran beroganisasi menjadi fokus penerapan utama dalam diri peserta sepanjang program ini. Ujarnya lagi, semangat seperti ini dilihat semakin menyusut dalam diri pelajar yang mana kebanyakan pelajar melalui pembelajaran dan pengajaran dalam talian selama beberapa semester akibat pandemik dan kurangnya aktiviti bersemuka sepanjang tempoh tersebut. Beliau berharap segala pengalaman yang diperolehi oleh 70 orang peserta sepanjang program ini dapat dimanfaatkan oleh mereka sepanjang mereka berada di kampus kelak dan semakin banyak lagi program bersemuka dapat dijalankan apabila negara beralih ke Fasa Peralihan Endimik pada 1 April kelak.

Program yang telah dilaksanakan pada 26 dan 27 Mac 2022 yang lalu merangkumi dua aktiviti program utama iaitu gotong-royong di sekitar perumahan staf Flat Putra Permai UPMKB dan juga program keceriaan di di Taman Orkid Pusat Pertanian Putra UPMKB. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti kerja-kerja pembersihan sekitar blok kediaman staf, penyusunan semula bahan-bahan terpakai dan pembuangan bahan-bahan yang tidak diperlukan.

Dalam pada itu, Penasihat Program merangkap Fasilitator Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1), (Professional Technologist) Dr. Suhaili Mustafa berkata, penganjuran program seperti ini sangat memberikan impak yang berkesan kepada pelajar dalam memantapkan Kemahiran Insaniah dalam diri mereka seperti meningkatkan kemahiran dalam berkomunikasi, pendedahan dan pengalaman kepada pelajar untuk mengorganisasikan program, dapat memantapkan sifat kepimpinan dan nilai bertanggungjawab di dalam jiwa setiap pelajar dan juga membuka perspektif para pelajar untuk sentiasa berfikiran positif di samping menerapkan semangat kerjasama dan saling membantu sesama pelajar. Kemahiran seperti ini amat penting untuk para pelajar dalam menempuh cabaran masa kini dan juga sebagai persediaan kepada mereka sejurus bergraduat kelak. Beliau turut menekankan pengelolaan program seperti ini amat baik dalam membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawap dalam mewujudkan komuniti yang lebih harmoni seiring dengan perkembangan teknologi yang sangat pantas pada masa kini.

Tarikh Input: 31/03/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcWAw~