TELESEMINAR: PROGRAM PUTRA BAKTI HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA #COVID19 2020 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PUTRABAKTI » TELESEMINAR: PROGRAM PUTRA BAKTI HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA #COVID19 2020

TELESEMINAR: PROGRAM PUTRA BAKTI HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA #COVID19 2020

Bintulu 24 Oktober, - Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa (Baksis) Kumpulan 4 sesi akademik 2020/2021, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan program secara atas talian iaitu Program Putra Bakti Hari Kesihatan Mental Sedunia #COVID19 2020 yang telah berlangsung selama seminggu iaitu dari 17 Oktober sehingga 24 Oktober 2020. Program ini terdiri daripada 2 (dua) kaedah penglibatan iaitu aktiviti pertandingan dan juga sesi perkongsian ilmu melalui ceramah.

Untuk aktiviti pertandingan, program ini telah mengadakan 3 (tiga) bentuk pertandingan iaitu pertandingan mereka video pendek, pertandingan mencipta video syarahan dan pertandingan melukis poster. Ketiga – tiga pertandingan ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Tiktok serta Instagram dan seramai 18 peserta yang mengambil bahagian di kalangan pelajar UPMKB serta masyarakat luar. Dalam pada itu, pemenang untuk setiap pertandingan ini telah menerima hadiah berupa wang tunai: RM50.00 (Johan), RM30.00 (Naib Johan) dan RM20.00 (Ketiga).

Program dilengkapkan lagi dengan sesi ceramah secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Cisco Webex yang telah berlangsung pada 24 Oktober dengan pengisian slot ceramah Tips Keluarga Harmonis yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Abdul Rahim Bin Habib, Pegawai Psikologi Kanan UPMKB di sebelah pagi manakala untuk sebelah petang pengisian ceramah diteruskan dengan slot ceramah yang bertajuk Masalah Kewangan Bijak Berbelanja yang telah disampaikan oleh Encik Awang Horolni Bin Awang Putit, Pengurus Wilayah Bank Simpanan Nasional, Sarawak. Melalui sesi ceramah ini, seramai 137 peserta iaitu 112 peserta daripada pelajar UPMKB dan 25 peserta daripada msayarakat luar.

Hasil kerjasama daripada penceramah yang berpengalaman iaitu Encik Muhammad Abdul Rahim Bin Habib yang merupakan Pegawai Psikologi Kanan UPMKB dan Encik Awang Horolni Bin Awang Putit, Pengurus Wilayah Bank Simpanan Nasional, Sarawak, slot ceramah yang telah diberikan oleh mereka telah memberikan pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan mental masing-masing. Selain itu, ianya juga mampu membina persekitaran sosial yang lebih harmonis dalam kalangan masyarakat terumatanya kepada para peserta.Pada waktu yang sama , penceramah juga menerapkan amalan berkasih-sayang di kalangan ahli keluarga agar dapat membentuk individu yang mempunyai sahsiah yang murni.Merujuk kepada maklum balas yang telah diberikan oleh para peserta yang terlibat , didapati bahawa Program Putra Bakti Hari Kesihatan Mental Sedunia #COVID19 2020 telah memberi impak yang positif dan dapat membantu mereka dalam memantapkan kaedah menangani masalah mental pada diri sendiri.

Menurut Fasilitator yang juga merangkap penasihat program, Encik Mohammad Thaqif Tong, program seumpama ini telah memberi pendedahan kepada masyarakat umumnya pelajar UPMKB betapa pentingnya penjagaan kesihatan mental dalam kehidupan seharian terutama sekali dalam situasi masa kini. Dengan adanya program-program seperti ini ianya dapat memberi informasi yang mencukupi dan tepat dalam menangani setiap masalah yang dihadapi semasa pandemik COVID-19 ini. Menurut beliau juga, media atas talian ini adalah kaedah yang terbaik untuk diguna pakai dalam penyampaian maklumat yang lebih berkesan dan menyeluruh untuk situasi norma baharu ini.

Tarikh Input: 03/12/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETRAf~