PUTRA BAKTI@KNOWINGISEMPOWEING PUPUK KESEDARAN MASYARAKAT | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PUTRABAKTI » PUTRA BAKTI@KNOWINGISEMPOWEING PUPUK KESEDARAN MASYARAKAT

PUTRA BAKTI@KNOWINGISEMPOWEING PUPUK KESEDARAN MASYARAKAT

BINTULU: Covid-19 yang melanda negara kita dilihat sangat memberi impak kepada kehidupan seharian kita. Keterbatasan untuk kita melakukan rutin harian kita dengan keadaan norma baharu yang ada kalanya mengkehendaki kita untuk kekal duduk di rumah dilihat memberi kesan kepada kesihatan psikologi masyarakat. Rentetan daripada itu, saban hari semakin banyak kes-kes berkaitan kesihatan mental, tekanan perasaan dan juga tindakan luar batas normal pemikiran sering dilaporkan di dalam media tempatan mahupun antarabangsa. Masalah buli siber juga semakin berleluasa sehingga dilihat tiada penghujungnya. Melihat kepada scenario ini pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 2), Semester Kedua Sesi Akademik 2020/2021, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah mengambil inisiatif menganjurkan program Putra Bakti@KnowingIsEmpowering. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat yang terkesan sekaligus diharapa dapat membendung bagi mengelakkan terus menular. Selain daripada itu, program ini juga memberi penekanan kepada anak-anak sindrom down dan kerana dilihat masih ramai masyarakat yang masih skeptikal dengan anak-anak syurga ini. Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuatkuasa dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19, program ini telah dilaksanakan melalui kaedah alternatif iaitu secara atas talian (webinar).

Pengarah Program Nurul Fajrina Nadirah Binti Abdullah Annuar berkata, Pendidikan kesihatan dan juga semangat kekeluargaan menjadi fokus utama dalam program ini. Ujarnya, program diharap dapat dapat memberi kesedaran secara menyeluruh kepada masyarakat tentang isu-isu yang dibincangkan oleh panel. Selain daripada itu, beliau juga berharap agar program ini dapat memberi motivasi dan impak positif kepada masyarakat untuk lebih bertanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai ibu dan bapa dalam mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia yang diidamkan oleh semua orang. Ujarnya lagi, diharap segala ilmu yang dikongsikan oleh penceramah sepanjang program dapat diaplikasikan dalam kehidupan serta dapat memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Program yang telah dilaksanakan pada 23 – 24 Oktober 2021 yang lalu merangkumi 6 slot seminar yang menampilkan penceramah berpengalaman dari pelbagai bidang seperti Learn to Care – En. Rosli Bin Yacop (Naib Presiden, Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrome Malaysia), Erti Kebahagiaan Dalam Sesebuah Keluarga – Tuan Haji Husini Bin Haji Bakir, (Pegawai Tadbir Bahagian, Jabatan Agama Islam Kuching, Sarawak), Stres Bukan Pilihan - En. Norhasdi Bin Hassan (Pakar Motivasi Great Impact Resources, Kota Kinabalu, Sabah), Kesihatan Mental: Fakta Atau Mitos - Dr. Antony Hii (Pengerusi Kolej IBS Miri, Sarawak), Stop Bullying, Start Caring - Dr. Mohammad Basri Bin Mohammad Saad (Guru Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak), dan Love Is The Best Medicine – En. Shahril Bin Sabri (Edutainment Motivator, Guru Content Seed4Future).

Dalam pada itu, Penasihat Program merangkap Fasilitator Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 1), Ts. Dr. Suhaili Mustafa berkata, penganjuran program seperti ini dapat memberikan impak yang baik kepada diri pelajar bagi memantapkan Kemahiran Insaniah mereka. Elemen-elemen kemahiran seperti ini amat penting untuk para pelajar dalam mematangkan diri dan hanya boleh diperoleh melalui penganjuran program seperti ini dan bukan dalam kelas semata – mata. Beliau turut menekankan pengelolaan program menggunakan platform webinar seperti ini sangat baik dan efektif dalam menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada masyarat kerana jaringan peserta akan lebih meluas. Hal ini dapat dilihat dengan jumlah capaian akumulatif 750 orang peserta untuk keenam-enam seminar yang mana kesemuanya dari pelbagai daerah dan negeri yang berbeza.

Tarikh Input: 03/11/2021 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdEAo~