PROGRAM Putra Bakti@ Agricultural Innovation Competition anjuran pelajar Kursus QKI2101 Inovasi dan Reka Cipta (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2021/2022, baru-baru ini telah dijalankan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Pengarah program VenÂmathiy Jaya Kumar berkata, matlamat program ini adalah untuk mencungkil idea para pelajar untuk menghasilkan inovasi baharu dalam pertaÂnian yang akan memberi keÂmudahan kepada para petani pada masa akan datang.
Selain itu, para peserta juga dapat memantapkan lagi pengetahuan mereka menÂgenai pertanian moden. Menurut fasilitator kurÂsus Dr Walter Charles Primus, program ini terÂdiri daripada tiga slot yang mengandungi perkongsian ilmu daripada penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang pertanian moden, “Mini Games†dan pertandingan inovasi yang bertema pertanian. Seluruh program ini terbuka kepada para mahasiswa UniverÂsiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.
Program Putra Bakti@AgÂricultural Innovation ComÂpetition telah diadakan pada 16 April 2022 dan Webinar: Agriculture Innovation Talk pada 17 April 2022 secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex. Putra Bakti@ AgriculÂtural Innovation CompetiÂtion merupakan slot pertama program ini. Pertandingan ini telah disertai oleh lima kumpulan dan satu secara individu.
Dalam pertandingan ini peÂserta diminta untuk membuat pembentangan dalam masa 15 minit; pembentangan mestiÂlah mengandungi pengenalan kepada ahli kumpulan, masaÂlah yang ingin diselasaikan, penyelesaian, pertunjukan/ demonstrasi produk yang disediakan, proses pemÂbuatan produk, bahan yang digunakan dan impak produk tersebut kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang pertanian.
Pertandingan ini telah diÂnilai oleh Mohd Saufi Mohd Ramli dan Dr John Keen Chubo. Seterusnya, hari kedua program ini bermula denÂgan Webinar: Agriculture Innovation Talk. Webinar ini telah berlangsung secara maya. Slot yang bertajuk Smart Agriculture: ChalÂlenges and Oppurtunities ini telah disampaikan oleh CEO Syarikat McGood Agro SoluÂtion Make Jiwan.
Program hari kedua pula dilengkapi dengan “mini games†seperti kuiz yang berkaitan dengan pertanian dan inovasi. Terdapat 10 pemenang telah memenangi wang tunai sebagai hadiah bagi kuiz dan kahoot yang telah diadakan.
Ceramah ini membincangÂkan masalah yang timbul dalam pertanian, meninjau penggunaan teknologi yang paling relevan serta menyerÂlahkan teknologi yang sedia ada dalam sektor pertanian negara. Bagi Agricultural InnovaÂtion Competition Kumpulan Gear Z telah memenangi tempat pertama dengan menyediakan pembaja yang dapat membaja dengan kuanÂtiti yang tepat bagi setiap tumbuhan.
Tempat kedua telah diÂmenangi oleh Kumpulan YB Joe yang telah menyediakan bekas air yang memudahkan petani. Tempat ketiga pula dimeÂnangi oleh Kumpulan Prizmy yang tampil dengan aplikasi yang boleh digunakan untuk menjual hasil tempatan.
Akhir sekali, tempat keemÂpat (sagu hati) telah dimengaÂni oleh peserta individu Chiah Yi Hua dengan inovasinya pembenih tumbuhan.
Date of Input: 09/06/2022 | lanz
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia