PROGRAM SEKOLAHKU UNIVERSITIKU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PUTRABAKTI » PROGRAM SEKOLAHKU UNIVERSITIKU

PROGRAM SEKOLAHKU UNIVERSITIKU

Pendidikan merupakan satu agenda utama negara dalam melahirkan masyarakat majmuk yang seimbang dari segi rohani, fizikal dan emosi. Dalam memastikan pembangunan karektor dan insaniah pelajar dapat dilestarikan, pendidikan di peringkat awal perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Perkara ini dapat dicapai dengan mewujudkan fasiliti sekolah yang lengkap mengikut keperluan semasa seiring dengan kemajuan teknologi pendidikan. Namun, masih terdapat sekolah yang terpinggir dalam arus pembangunan dan dikategorikan sebagai sekolah daif di Malaysia.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan konsep ‘‘Universiti Kepada Masyarakat’’, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah mengorak langkah bersama-sama Universiti Awam (UA) bagi melaksanakan Program Angkat Sekolah Daif. Program ini memerlukan komitmen dan kerjasama daripada mahasiswa di UA bagi melaksanakan program berbentuk kesukarelawan, pemulihan dan penambahbaikan keceriaan, pembangunan karakter dan lain-lain aktiviti di sekolah daif yang telah ditentukan oleh JPT. Hasilnya, Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No.3 yang terletak di Miri, Sarawak secara rasminya telah dinamakan sebagai Sekolah Angkat UPMKB.

Pada 16 November 2019 yang lalu, seramai 49 orang warga UPMKB yang terdiri daripada 14 orang staf dan 35 orang pelajar telah melaksanakan aktiviti kesukarelawan di sekolah terbabit. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya :

Baik pulih blok bangunan sekolah
Menambah baik keceriaan dan landskap sekolah
Mewujudkan Taman Herba
Memasang Sistem Akuaponik
Program Kaunseling dan Bahasa Inggeris (untuk pelajar)
Pemeriksaan Kesihatan dan Pendaftaran Program MySalam

Kesemua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan akan diteruskan pada tahun hadapan. Melalui program ini, pelajar UPMKB secara tidak langsung telah menyumbang kreativiti dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang berada di UPMKB dan diterjemahkan kepada masyarakat luar.

Anda berminat untuk menjadi sukarelawan? Sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB. Kami memerlukan khidmat bakti anda. Bersama kita mengharumkan nama UPMKB.

Tarikh Input: 03/07/2020 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdPAv~