PROGRAM PUTRA BAKTI: HEALTH IS THE NEW WEALTH DEDAH PELBAGAI ISU KESIHATAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PUTRABAKTI » PROGRAM PUTRA BAKTI: HEALTH IS THE NEW WEALTH DEDAH PELBAGAI ISU KESIHATAN

PROGRAM PUTRA BAKTI: HEALTH IS THE NEW WEALTH DEDAH PELBAGAI ISU KESIHATAN

BINTULU: Punca utama kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease) yang mana telah mencatatkan 113500 kematian pada tahun 2016. Penyakit ini selalu berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat. Melihat kepada senario ini, seramai 40 orang pelajar Kursus QKK2101 Bakti Siswa (Kumpulan 101), Semester Pertama Sesi Akademik 2021/2022, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah mengambil inisiatif menganjurkan Program PUTRA BAKTI: Health Is The New Wealth pada 8 dan 9 Januari 2022 lalu dengan kerjasama penasihat program, Dr. Juriah Kamaludeen. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menyeru masyarakat agar mempunyai pengetahuan yang lebih luas dan lebih mendalam tentang kesihatan dan gaya hidup sihat. Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuatkuasa dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19, program ini telah dilaksanakan melalui kaedah alternatif iaitu secara atas talian (Cisco Webex).

Program telah dimulakan dengan slot pertama ‘Hypertension: Health promotion, say no to chronic diseases’ pada 8 Januari yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kelantan, Dr. Sumithra Clvakumaran. “Ubat adalah langkah terakhir, mencegah lebih baik daripada mengubati,” katanya dalam slot tersebut. Slot yang seterusnya ialah ‘Cancer Myths and Facts’ yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Klinik Satelite Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu, Sarawak, Dr. Muhammad Amru Bin Badrul Hisam, di mana selain membincangkan fakta dan mitos berkenaan kanser, beliau turut menyentuh topik kanser secara menyeluruh seperti perkembangan kanser, implikasi kanser, jenis kanser, kaedah perawatan, dan faktor kanser.

Program diteruskan dengan slot ketiga ‘Care for your eyes, value your sight’ dan slot keeempat “One, two, three, SMILE!” yang masing-masing telah disampaikan telah oleh Dr. Kenneth Teow Kheng Leong, Direktorat Pembedahan, Pakar Oftalmologi UD54, Hospital Bintulu, Sarawak dan Dr. Nadiyah Abdullah Zawawi, seorang Prosthodontic Resident dari Fakuliti Pergigian, Kampus Universiti Teknologi MARA, Selangor.

Pada hari kedua program, Pegawai Sains Pemakanan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu Sarawak, Puan Umi Zarifah bt Mohd Khairi telah dijemput untuk menyampaikan slot kelima yang memfokuskan kepada obesiti dan masalah berat badan yang berlebihan, cara pemakanan yang betul, diet seimbang, dan kepentingan mengekalkan berat badan yang ideal. Slot yang keenam disampaikan oleh Dr. Raihana Sharir dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Dalam slot terakhir ini, penceramah sempat melakukan senaman ringkas bersama para peserta .

Di akhir program yang berlangsung selama dua hari ini, pertandingan kuiz yang diadakan melalui platform Quizziz mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta. Besarlah harapan agar semua peserta mendapat manfaat daripada slot-slot yang telah dijalankan seterusnya mempraktikkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan harian.

Tarikh Input: 16/02/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdEAW~