PEMINAT BOLA TAMPAR WEBINAR BE OUR NEXT VOLLEYSTAR MENDAPAT SAMBUTAN SELURUH MALAYSIA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» PUTRABAKTI » PEMINAT BOLA TAMPAR WEBINAR BE OUR NEXT VOLLEYSTAR MENDAPAT SAMBUTAN SELURUH MALAYSIA

PEMINAT BOLA TAMPAR WEBINAR BE OUR NEXT VOLLEYSTAR MENDAPAT SAMBUTAN SELURUH MALAYSIA

BINTULU: Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2120 Bola Tampar (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2021/2022 telah menganjurkan webinar Be Our Next VolleyStar secara dalam talian dengan jayanya pada 5 Mac 2022.

Fasilitator Kursus QKS2120 Bola Tampar, Roslan Ismail berkata, melalui webinar ini pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran teknikal dan insaniah yang dipelajari serta mengetahui cara mengendalikan sesebuah program terutama dalam situasi endemik pada masa kini. Katanya, setiap peserta mahupun pelajar pasti mempunyai hasrat untuk menceburi diri dalam kesukanan bola tampar namun mereka akan ditenggelami dilema sukan kerana asyik menbandingkan diri sendiri dengan mereka yang berbakat.kursus QKS2120 Bola Tampar itu sendiri.

Beliau turut berkata, webinar itu bertujuan mewujudkan minat serta memberi tunjuk ajar kepada golongan muda-mudi yang ingin menceburkan diri dalam dunia sukan bola tampar. Webinar tersebut terdiri daripada dua slot iaitu, ‘The Emotional Benefits of Volleyball’ dan ‘Dilema Sukan : Bakat atau Usaha?’ yang membolehkan pelajar untuk menilai kecenderungan atau minat diri kendiri dalam usaha untuk menjadi seorang pemain bola tampar yang berkaliber dan mempunyai asas yang kukuh melalui pendidikan asas bola tampar yang telah dipelajari dalam

Dalam pada itu, pengarah program Vennesa Anne Anak Brown berkata, penganjuran webinar Be Our Next VolleyStar harap dapat memberi kesan positif kepada penganjur dan peserta demi mencapai objektif program ini. “Pengetahuan pelajar tidak akan terhad ke arah bidang masing-masing sahaja malahan mereka juga mampu untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang yang berlainan dari kebiasaan mereka kerana program ini merupakan salah satu langkah persediaan mereka untuk menceburi sukan bola tampar,” ujarnya pada majlis penutupan program yang disertai 298 peserta itu. Jelasnya, kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dan menambah ilmu dalam bidang berlainan membolehkan mereka lebih berdaya saing dalam pasaran kerja.

Justeru katanya, pengetahuan pelajar tidak akan terhad ke arah bidang tertentu sahaja bahkan mereka juga mampu meluaskan pengetahuan dalam bidang berlainan daripada kebiasaan kerana program ini merupakan satu langkah persediaan untuk memulakan sesuatu yang baharu pada bila-bila masa serta berharap penganjuran program ini diteruskan pada tahun depan.
Pada masa sama katanya, ‘Putra Food Bank’ merupakan fasiliti yang disediakan untuk membekalkan makanan serta barang keperluan bagi pelajar golongan asnaf dan fakir miskin dengan slogan ‘Daripada Pelajar Kepada Pelajar Yang Memerlukan’ #PutraCakna #KeluargaUPM #VolleyBantu

Tarikh Input: 17/03/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETSAN~