UPMKB JAYAKAN BENGKEL PEMERKASAAN FASILITATOR KKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » UPMKB JAYAKAN BENGKEL PEMERKASAAN FASILITATOR KKB

UPMKB JAYAKAN BENGKEL PEMERKASAAN FASILITATOR KKB

BINTULU: Seramai 11 fasilitator dan lima staf Pejabat Pengurusan Pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menghadiri Bengkel Pemerkasaan Fasilitator Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) di Bilik Kuliah 2 Dewan Kuliah Pusat 1 UPMKB, baru-baru ini.

Bengkel dua hari itu bertujuan untuk memperkasa kemahiran fasilitator dalam mengendalikan kursus kokurikulum berkredit di UPMKB sekali gus membantu pihak universiti dalam usaha meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.

Jurucakap penganjur Ellyn Sherra Rison berkata, antara aktiviti yang dijalankan menerusi bengkel ini ialah sesi suai kenal, pendedahan mengenai prosedur pengurusan KKB, penulisan surat rasmi, protokol dan majlis rasmi. 

"Fasilitator yang terlibat turut diberikan tugasan bagi menguruskan majlis penutupan bengkel secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, peserta bengkel perlu memahami konsep kokurikulum berkredit serta mengembangkan teknik-teknik yang berkesan dalam penyampaian maklumat kepada pelajar.

Katanya, ia melibatkan penulisan kertas kerja serta protokol bagi majlis rasmi yang sememangnya menjadi salah satu aspek utama dalam kelas kokurikulum berkredit.

Sementara itu, Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar Mohamad Syukri Mohamad Adnan berkata, bengkel ini merupakan langkah positif dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Universiti.

Jelasnya, ia memperlihatkan komitmen UPMKB dalam memperkasa fasilitator untuk menyokong pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit di UPMKB dengan lebih efektif.

Katanya, bagi individu yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi fasilitator kursus ini boleh menghantar permohonan secara dalam talian melalui kod QR yang dipaparkan dan tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 31 Mei ini.

Date of Input: 15/05/2024 | Updated: 15/05/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
WXFbHA0~