UPMKB DAN MCDONALD’S ANJUR PROGRAM KOMUNITI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » UPMKB DAN MCDONALD’S ANJUR PROGRAM KOMUNITI

UPMKB DAN MCDONALD’S ANJUR PROGRAM KOMUNITI

(UNTUK ALBUM: Para pelajar UPMKB yang terlibat dalam penganjuran Pertandingan Bola Tampar Amal Putra merakam gambar kenangan.)

UNIVERSITI Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan kerjasama restoran makanan segera McDonald’s Bintulu dan Ronald McDonald’s House Charities Malaysia (RMHC) telah menganjur Program Sukan dan Komuniti iaitu membabitkan Pertandingan Bola Tampar Amal Putra di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sibiew pada 18 dan 19 Januari lepas.

Pertandingan itu disertai 24 pasukan lelaki dan wanita dari Miri, Bintulu dan Mukah dengan dikendalikan oleh pelajar Program Diploma Pengurusan Perladangan dan Makanan Semester 2 Kursus Kokurikulum Berkredit QKS2120 Bola Tampar (Kumpulan 1 dan 2) Semester Kedua Sesi Akademik 2018/2019.

Jurucakap UPMKB berkata, McDonald’s Bintulu telah membantu menyediakan sarapan dalam bentuk `Breakfast Meal’ sepanjang program itu dijalankan sebagai tanda sokongan dan penghargaan.

“Ini merupakan usaha untuk mendekati masyarakat terutamanya sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan McDonald’s® Malaysia dan ahli-ahli RMHC,” ujarnya dalam kenyataan itu di Bintulu, kelmarin.

Beliau berkata, melalui program itu pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan dalam menguasai kemahiran berkaitan pengurusan kokurikulum khususnya sukan bola tampar.

Jelasnya, pelajar juga akan lebih berdisiplin dan berpengalaman dalam mengurus program pada masa hadapan sekali gus memupuk nilai dan etika yang profesionalisme semasa memimpin dan mengelola sesuatu aktiviti.

Program itu juga turut dikendali dan dibantu Roslan Ismail dan Kong Kie Soon sebagai fasilitator.

Untuk maklumat lanjut sila layari : https://www.utusanborneo.com.my/2019/01/25/upmkb-dan-mcdonalds-anjur-program-komuniti

Date of Input: 13/02/2019 | Updated: 13/02/2019 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcWAZ~