UPMKB ANJUR BENGKEL BAGI PERKASA KEMAHIRAN FASILITATOR DALAM PENGAJARAN KOKURIKULUM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » UPMKB ANJUR BENGKEL BAGI PERKASA KEMAHIRAN FASILITATOR DALAM PENGAJARAN KOKURIKULUM

UPMKB ANJUR BENGKEL BAGI PERKASA KEMAHIRAN FASILITATOR DALAM PENGAJARAN KOKURIKULUM

BINTULU: Baru-baru ini, Pejabat Pengurusan Pelajar, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Fasilitator Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) kepada seramai 11 fasilitator dan 5 orang staf Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMKB bertempat di Bilik Kuliah 2, Dewan Kuliah Pusat 1, UPMKB.

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini diadakan bertujuan untuk memperkasa kemahiran fasilitator dalam mengendalikan kursus kokurikulum berkredit di UPMKB sekaligus mampu bersama-sama membantu pihak universiti dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.

Menurut jurucakap majlis, Ellyn Sherra Rison, antara aktiviti yang dijalankan  menerusi bengkel ini termasuklah sesi ice breaking, pendedahan mengenai Prosedur Pengurusan Kursus Kokurikulum Berkredit, Penulisan Surat Rasmi dan juga pendedahan mengenai Protokol dan Majlis Rasmi.

Fasilitator yang terlibat turut diberikan tugasan  bagi menguruskan Majlis Penutupan Bengkel secara menyeluruh. Peserta bengkel telah dipupuk untuk memahami konsep kokurikulum berkredit serta mengembangkan teknik-teknik yang berkesan dalam penyampaian maklumat kepada pelajar terutamanya dalam penulisan kertas kerja serta protokol bagi majlis rasmi yang sememangnya menjadi salah satu aspek utama dalam kelas kokurikulum berkredit.

Dalam ucapan penutupan yang disempurnakan oleh Encik Mohamad Syukri Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir, Pejabat Pengurusan Pelajar, bengkel ini merupakan langkah positif dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Universiti, serta menunjukkan komitmen UPMKB dalam memperkasa fasilitator untuk menyokong pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit di UPMKB dengan lebih efektif.

Bagi individu yang masih berminat dan berkelayakan untuk menjadi fasilitator kursus ini boleh menghantar permohonan secara atas talian melalui kod QR yang tertera pada poster berkenaan. Tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 31 Mei 2024.

Date of Input: 15/05/2024 | Updated: 15/05/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
WXFbJAt~